“21–27 September. 3 Nefi 12–16: ‘Aku Adalah Hukum, dan Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“21–27 September. 3 Nefi 12–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
21–27 September
3 Nefi 12–16
“Aku Adalah Hukum, dan Cahaya”
Terdapat banyak asas untuk dicari dalam 3 Nefi 12–16. Ada yang ditekankan dalam garis besar ini, tetapi anda boleh mencari yang lain. Biarkan Bapa Syurgawi, melalui Roh-Nya, mengajar anda apa yang anda perlukan sekarang.
Mencatat Tanggapan Anda
Seperti pengikut Yesus yang berkumpul di gunung di Galilea, orang yang berkumpul di bait suci di Kelimpahan telah hidup di bawah hukum Musa. Mereka telah mengikutinya kerana ia menunjuk jiwa mereka kepada Kristus (lihat Yakub 4:5), dan sekarang Kristus berdiri di hadapan mereka, mengisytiharkan hukum yang lebih tinggi. Tetapi kita yang tidak pernah hidup dalam hukum Musa dapat menyedari bahawa standard yang Yesus tetapkan untuk para pengikut-Nya adalah hukum yang lebih tinggi. “Aku menghendaki agar kamu haruslah menjadi sempurna,” Dia isytiharkan (3 Nefi 12:48). Jika ini membuat anda merasa kekurangan, ingat bahawa Yesus juga berkata, “diberkatilah yang miskin di dalam roh yang datang kepada-Ku, kerana milik merekalah kerajaan Syurga.” (3 Nefi 12:3). Hukum yang lebih tinggi ini adalah satu jemputan—satu lagi cara untuk berkata “Datanglah kepada-Ku dan diselamatkanlah kamu” (3 Nefi 12:20). Seperti hukum Musa, hukum ini menunjukkan kita kepada Kristus—Satu-satunya yang dapat menyelamatkan dan menyempurnakan kita. “Lihatlah,” Dia berkata, “Aku adalah hukum, dan cahaya. Pandanglah kepada-Ku, dan bertahanlah sampai akhir, dan kamu akan hidup” (3 Nefi 15:9).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Ajaran Juruselamat menunjukkan saya bagaimana menjadi pengikut yang benar.
Terdapat banyak kebenaran, kata-kata nasihat, dan amaran dalam 3 Nefi 12–14. Berikut adalah satu cara untuk mengkaji dan menggunkan apa yang diajar oleh Juruselamat dalam bab ini: Pilih sekumpulan ayat, dan lihat jika anda boleh meringkaskan apa yang diajar oleh ayat-tersebut dalam satu ayat yang bermula dengan “Para pengikut Yesus Kristus yang benar …” Sebagai contoh, ringkasan dari 3 Nefi 14:1–5 boleh jadi “Para pengikut Yesus Kristus tidak menghakimi.” Anda mungkin mahu memilih ayat dari bab ini yang sangat bermakna kepada anda dan menghafalnya atau menyalinkannya dan meletakkannya di mana anda akan melihatnya dengan kerap. Renungkan bagaimana anda boleh menggunakan apa yang anda pelajari untuk usaha peribadi anda menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik.
Lihat juga Matius 5–7; Lukas 6:20–49.
3 Nefi 12:1–2; 15:23–24; 16:1–6
Berbahagialah orang yang percaya tanpa melihat.
Berbanding dengan jumlah anak-anak Tuhan, sangat sedikit orang yang melihat Juruselamat dan mendengar suara-Nya, seperti orang-orang di Kelimpahan. Kebanyakan kita lebih seperti orang yang digambarkan dalam 3 Nefi 12:2; 15:23; dan 16:4–6. Apakah janji-janji yang dibuat kepada orang-orang seperti ini dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah janji-janji ini telah dipenuhi dalam hidup anda?
Lihat juga Yohanes 20:26–29; 2 Nefi 26:12–13; Alma 32:16–18.
3 Nefi 12:21–30; 13:1–8, 16–18; 14:21–23
Tindakan yang soleh tidak mencukupi; hati saya juga mesti suci.
Satu tema yang mungkin anda perhatikan dalam bab ini ialah jemputan Juruselamat untuk menjalani hukum yang lebih tinggi—untuk menjadi soleh bukan sahaja dalam tindakan luar kita tetapi juga di dalam hati kita. Cari tema ini apabila Juruselamat bercakap tentang pertikaian (3 Nefi 12:21–26), keadaan tidak berakhlak (3 Nefi 12:27–30), doa (3 Nefi 13:5–8), dan berpuasa (3 Nefi 13:16–18). Apakah contoh-contoh lain yang anda dapat temui? Apakah yang anda boleh lakukan untuk menyucikan keinginan hati anda dan bukan hanya memberi tumpuan kepada tindakan luar sahaja?
Jika saya mencari “hal yang baik” daripada Bapa Syurgawi, saya akan menerima.
Presiden Russell M. Nelson berkata: “Adakah Tuhan benar-benar ingin berbicara kepada anda? Ya! … Ya, terdapat lebih banyak yang Bapa Syurgawi ingin anda ketahui.” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 95). Semasa anda membaca jemputan Tuhan dalam 3 Nefi 14:7–11 untuk bertanya, mencari, dan mengetuk, merenungkan apa “hal yang baik” yang Dia mahu anda minta. Tulisan suci tambahan berikut boleh membantu anda memahami cara untuk bertanya, mencari, dan mengetuk. Mereka juga boleh membantu menjelaskan mengapa beberapa doa tidak dijawab seperti yang anda harapkan: Yesaya 55:8–9; Helaman 10:5; Moroni 7:26–27, 33, 37; dan Ajaran dan Perjanjian 9:7–9.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
3 Nefi 12:48
Bagimanakan pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 40–42) membantu kita memahami kata-kata Juruselamat dalam ayat ini? Anda juga boleh mendapatkan bantuan dalam Moroni 10:32–33.
3 Nefi 12:9, 38–42; 14:3–5, 12
Bagaimanakah ayat-ayat ini berkaitan dengan interaksi di kalangan ahli keluarga? Mungkin keluarga anda boleh menetapkan beberapa matlamat untuk menjalani asas-asas ini dengan lebih beriman.
3 Nefi 13:19–21
Ayat-ayat ini boleh mendorong perbincangan mengenai apa yang bernilai bagi keluarga anda. Adakah terdapat beberapa harta di bumi yang menghalang anda dari meletakkan harta di syurga? Anda boleh menguatkan lagi perkara ini dengan memimpin keluarga mencari harta karun untuk sesuatu di rumah anda yang mengingatkan ahli keluarga anda harta dengan nilai abadi.
3 Nefi 14:7–11
Kanak-kanak lebih kecil mungkin menikmati permainan, yang diilhami oleh 3 Nefi 14:8–9, di mana mereka meminta sesuatu dan menerima sesuatu yang berbeza. Apakah yang Juruselamat mahu kita tahu tentang Bapa kita di Syurga ketika Dia berkongsi contoh ini?
3 Nefi 14:15–20
Apakah “buah yang baik” yang membantu kita mengetahui bahawa Joseph Smith, atau Presiden Gereja sekarang ini, adalah nabi yang benar?
3 Nefi 14:24–27
Fikirkan cara-cara anda dapat membantu keluarga anda menggambarkan perumpamaan dalam ayat-ayat ini. Mungkin ahli keluarga boleh melukis gambar, melakukan tindakan, atau membina sesuatu di atas landasan pepejal dan berpasir.
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.