Ikutlah Aku
7–13 September. 3 Nefi 1–7: “Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”


“7–13 September. 3 Nefi 1–7: ‘Angkatlah Kepalamu dan Cerialah,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“7–13 September. 3 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Bangsa Nefi melihat hari tanpa malam

One Day, One Night, and One Day, oleh Jorge Cocco

7–13 September

3 Nefi 1–7

“Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”

Bangsa Nefi menyaksikan tanda-tanda menakjubkan, tetapi dari masa ke masa mereka lupa apa yang mereka telah alami (lihat 3 Nefi 2:1). Mencatatkan tanggapan anda akan membantu anda mengingati pengalaman rohani anda semasa belajar 3 Nefi 1–7.

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam beberapa cara, ini adalah masa yang menarik untuk menjadi orang yang percaya kepada Yesus Kristus. Nubuat telah dipenuhi—tanda-tanda dan mukjizat yang hebat di kalangan orang ramai menunjukkan bahawa Juruselamat akan segera dilahirkan. Di sebaliknya, ia juga merupakan masa yang cemas untuk orang yang percaya kerana, walaupun semua mukjizat ini berlaku, orang kufur menegaskan bahawa “waktunya telah berlalu” untuk Juruselamat dilahirkan (3 Nefi 1:5). Orang-orang ini menyebabkan “suatu kekecohan yang besar di seluruh negeri” (3 Nefi 1:7) dan juga menetapkan tarikh untuk membunuh semua orang yang percaya jika tanda nubuat Samuel, si bangsa Laman—malam tanpa kegelapan—tidak muncul.

Dalam keadaan yang penuh cabaran ini, nabi Nefi “berseru dengan amat kuat kepada Tuhannya bagi pihak bangsanya” (3 Nefi 1:11). Balasan Tuhan mengilhami sesiapa yang menghadapi penganiayaan atau keraguan dan perlu tahu bahawa cahaya akan mengatasi kegelapan: “Angkatlah kepalamu dan cerialah; … Aku akan menggenapi segala yang telah Aku suruh untuk diucapkan melalui mulut para nabi kudus-Ku” (3 Nefi 1:13).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

3 Nefi 1:4–21; 5:1–3

Tuhan akan memenuhi segala firman-Nya.

Bagaimanakah anda membayangkan perasaan anda jika anda telah menjadi salah seorang yang percaya pada masa yang digambarkan dalam 3 Nefi 1–7? Bagaimanakah perasaannya, sebagai contoh, untuk menunggu malam tanpa kegelapan yang akan mengumumkan kelahiran Juruselamat, dengan mengetahui bahawa anda akan dibunuh jika ia tidak terjadi? Apabila anda membaca 3 Nefi 1:4–21 dan 5:1–3, carikan apa yang dilakukan Nefi dan orang yang percaya untuk kekal beriman pada masa-masa sukar ini. Bagaimanakah Tuhan memberkati mereka? Apakah yang anda pelajari yang boleh membantu apabila anda mendapati diri anda menunggu berkat yang dijanjikan oleh Tuhan?

3 Nefi 1:22; 2:1–3

Melupakan pengalaman rohani membuat saya mudah diserang oleh godaan Setan.

Anda mungkin berfikir bahawa menyaksikan sesuatu yang sangat ajaib seperti malam tanpa kegelapan akan kekal bersama anda untuk masa yang lama dan menjadi sauh untuk kesaksian anda. Tetapi ingatan tentang tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban yang disaksikan oleh bangsa Nefi seolah-olah pudar dari masa ke masa. Apakah yang menyebabkan mereka lupa, dan apakah akibat kelupaan itu? (lihat 3 Nefi 1:22; 2:1–3).

Apakah yang anda lakukan untuk mengingati dan membaharui kesaksian kebenaran rohani anda? Sebagai contoh, pertimbangkan bagaimana mencatat pengalaman rohani anda dapat membantu anda. Bagaimanakah anda akan berkongsi kesaksian anda dengan mereka yang paling dekat dengan anda untuk membantu mereka percaya?

Lihat juga Alma 5:6, “Iman Bukanlah Kerana Nasib, Tetapi Kerana Pilihan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 65–68.

3 Nefi 2:11–12; 3:1–26; 5:24–26

Tuhan menguatkan para Orang Suci dari bahaya rohani.

Pada zaman kita, biasanya kita tidak menghadapi kumpulan perompak yang memaksa kita meninggalkan rumah kita dan berkumpul di satu tempat. Tetapi kita menghadapi bahaya rohani, dan pengalaman bangsa Nefi mungkin mengandungi pengajaran yang dapat membantu kita. Cari pengajaran ini ketika anda membaca 3 Nefi 2:11–12 dan 3:1–26.

Dalam 3 Nefi 5:24–26 kita membaca tentang pengumpulan umat Tuhan pada zaman akhir. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana Tuhan mengumpul umat-Nya hari ini?

Lihat Juga “Pertemuan Rohani Sedunia Untuk Remaja: Pesanan daripada Presiden Russell M. Nelson dan Sister Wendy W. Nelson,” 3 Jun 2018, ChurchofJesusChrist.org; “Israel—Pengumpulan Israel,” Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

3 Nefi 5:12–26; 7:15–26

Saya seorang pengikut Yesus Kristus.

Apakah maksudnya untuk menjadi pengikut Yesus Kristus pada pendapat anda? (lihat Ajaran dan Perjanjian 41:5). Dalam 3 Nefi 5:12–26, Mormon berhenti seketika ringkasan catatan bangsa Nefi dan menyatakan bahawa dia ialah pengikut Yesus Kristus. Kemudian, dalam 3 Nefi 7:15–26, dia menggambarkan pelayanan para pengikut lain—nabi Nefi. Apakah yang anda dapati dalam kedua petikan ini yang membantu anda memahami apa yang dimaksudkan untuk menjadi pengikut Kristus?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

3 Nefi 3:13–14, 25–26

Apakah yang dilakukan oleh bangsa Nefi untuk melindungi diri mereka dari musuh yang mereka hadapi? Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadikan rumah kita tempat keselamatan dan perlindungan dari kejahatan di dunia?

3 Nefi 2:1–3; 6:15–17

Untuk membantu keluarga anda belajar bagaimana Setan dapat menipu kita, lukis satu badan, dan ketika keluarga anda membaca 3 Nefi 2:1–3 dan 6:15–17, tandakan bahagian badan yang berlainan yang disebutkan. Menurut ayat-ayat ini, apakah beberapa cara Setan menggoda kita untuk melupakan Tuhan dan melakukan dosa?

3 Nefi 4:7–12, 30–33

Apakah yang dilakukan oleh bangsa Nefi apabila mereka melihat perompak Gadianton datang? Apakah yang keluarga kita dapat pelajari daripada bangsa Nefi apabila kita menghadapi situasi yang sukar? Apakah yang kita dapat pelajari dari kata-kata bangsa Nefi selepas Tuhan membantu mereka dalam masa kesukaran mereka?

3 Nefi 5:13; Ajaran dan Perjanjian 41:5

Baca 3 Nefi 5:13 dan Ajaran dan Perjanjian 41:5, dan bincangkan apa yang dimaksudkan untuk menjadi pengikut Kristus. Mungkin ahli keluarga boleh bercakap tentang masa ketika mereka perhatikan satu sama lain menjadi pengikut. Jika anda mempunyai anak kecil, anda boleh membuat lencana yang mengatakan, “Saya seorang pengikut Yesus Kristus,” dan biarkan mereka memakai lencana itu apabila anda melihat mereka mengikuti Juruselamat.

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu keluarga anda mengibaratkan tulisan suci kepada diri sendiri. Nefi berkata, “aku mengibaratkan semua tulisan suci kepada kami, agar ia boleh menjadi keuntungan dan pembelajaran kepada kami” (1 Nefi 19:23). Untuk membantu keluarga anda mengibaratkan tulisan suci kepada diri mereka sendiri, anda boleh menjemput mereka untuk merenungkan apa yang mereka akan lakukan jika mereka berada di kalangan orang yang percaya yang digambarkan dalam 3 Nefi 1:4–9. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 21.)

Bangsa Nefi melihat hari tanpa malam

A Day, a Night, and a Day, oleh Walter Rane