Ikutlah Aku
7–13 September. 3 Nefi 1–7: “Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”


“7–13 September. 3 Nefi 1–7: ‘Angkatlah Kepalamu dan Cerialah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“7–13 September. 3 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Bangsa Nefi melihat hari tanpa malam

One Day, One Night, and One Day, oleh Jorge Cocco

7–13 September

3 Nefi 1–7

“Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”

Sekiranya anda memerlukan idea-idea tambahan apabila anda sedang bersiap untuk mengajar, lihat “Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak” dan “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” pada permulaan sumber ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari minggu lalu tentang tanda-tanda yang Samuel si bangsa Laman katakan akan membantu orang ramai tahu bahawa Yesus telah dilahirkan. Beritahu kanak-kanak bahawa hari ini mereka akan bercakap tentang orang-orang yang melihat tanda-tanda tersebut berlaku.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

3 Nefi 1:4–15, 19–21

Bintang baru muncul ketika Yesus Kristus dilahirkan.

Laporan Perjanjian Baru tentang kelahiran Juruselamat adalah terkenal, bahkan kepada kanak-kanak. Minggu ini adalah peluang yang baik untuk mengajar kanak-kanak di kelas anda tentang mukjizat yang saksi oleh bangsa Nefi ketika Yesus dilahirkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sebelum kelas, letakkan bintang pada dinding. Jemput kanak-kanak mencari sesuatu di dinding yang biasanya tidak ada di sana. Beritahu kanak-kanak bahawa bangsa Nefi melihat bintang baru di langit ketika Yesus dilahirkan. Ringkaskan laporan dalam 3 Nefi 1:4–15, dan 19–21. Anda juga boleh menggunakan “Bab 41: Tanda-tanda Kelahiran Kristus” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 114–16, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org).

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar kelahiran Juruselamat (lihatBuku Seni Injil, no. 30), dan menyanyikan lagu Krismas kegemaran, seperti “Lagu Kelahiran Tuhan Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 32). Bantu kanak-kanak memahami bahawa bangsa Nefi jauh dari tempat Yesus dilahirkan, tetapi mereka tahu Dia dilahirkan kerana tanda-tanda yang mereka lihat. Bersaksi bahawa walaupun kita tidak melihat kelahiran Juruselamat, Roh Kudus dapat membantu kita mengetahui bahawa cerita-cerita tentang hal itu dalam tulisan suci adalah benar.

3 Nefi 1:20

Firman para nabi selalu digenapkan.

Tuhan memberitahu Nefi, “Aku [akan] memperlihatkan kepada dunia bahawa Aku akan menggenapi segala yang telah Aku suruh untuk diucapkan melalui mulut para nabi kudus-Ku” (3 Nefi 1:13).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar yang menggambarkan bagaimana Tuhan bercakap melalui para nabi, seperti Nuh (Buku Seni Injil, no. 78; lihat Kejadian 6–7) dan Samuel si Orang Laman (Buku Seni Injil, no. 81; lihat Helaman 14:1–7). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita-cerita ini.

  • Baca kepada kanak-kanak 3 Nefi 1:20, dan kongsi kesaksian anda bahawa firman para nabi selalu digenapkan. Jemput kanak-kanak untuk mendengar nabi pada persidangan umum yang akan datang.

3 Nefi 5:13

Saya boleh mengikuti Yesus Kristus.

Mormon mengisytiharkan, “Saya adalah pengikut Yesus Kristus.” Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai pengikut juga?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 3 Nefi 5:13, dan jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “Saya adalah pengikut Yesus Kristus.” Ajar mereka bahawa pengikut Yesus Kristus cuba mengikuti Dia. Kongsi beberapa perkara yang dilakukan oleh Mormon untuk menjadi seperti Yesus, seperti mengajar firman Tuhan dan mematuhi perintah Tuhan (lihat 3 Nefi 5:13–18). Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat menjadi pengikut.

  • Di atas kertas, bantu kanak-kanak melukis tangan mereka dan potong kertas itu. Tulis “Saya adalah pengikut Yesus Kristus” pada depannya, dan jemput mereka untuk melukis sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk menjadi pengikut pada belakangnya (anda mungkin perlu membantu mereka memikirkan idea-idea). Nyanyi bersama satu lagu tentang mengikuti Juruselamat, seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

3 Nefi 1:4–21

Janji-janji Tuhan, yang diberikan melalui para nabi-Nya, selalu digenapkan.

Laporan dalam 3 Nefi 1:4–21 boleh membantu membina iman kanak-kanak tentang Tuhan sentiasa memenuhi janji-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membandingkan nubuat Samuel Si Bangsa Laman dalam Helaman 14:1–7 dengan kegenapannya dalam 3 Nefi 1:19–21. Bersaksi bahawa janji-janji Tuhan yang diucapkan melalui para nabi-Nya selalu digenapkan.

  • Baca dengan kanak-kanak laporan yang terdapat dalam 3 Nefi 1:4–10. Tanya kepada kanak-kanak bagaimanakah perasaan mereka jika mereka merupakan salah seorang yang percaya pada masa itu. Jemput kanak-kanak untuk membaca seluruh laporan dalam ayat 11–15 dan mencadangkan cara untuk melengkapkan ayat ini: “Pengajaran cerita ini adalah …” Bagaimanakah kita boleh menunjukkan kepercayaan kita kepada Tuhan apabila kita bimbang atau kecewa?

  • Kongsi sesuatu yang dijanjikan oleh nabi kita yang hidup kepada kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan iman kita bahawa firman nabi berasal daripada Tuhan?

3 Nefi 2:11–12; 3:13–14, 24–26

Kita lebih kuat apabila kita berkumpul bersama.

Bangsa Nefi terpaksa berkumpul bersama untuk keselamatan jasmani. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak melihat bahawa pengumpulan bersama kawan-kawan yang soleh dapat memberi mereka kekuatan rohani?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak ayat-ayat berikut, dan jemput mereka untuk mencari sebab mengapa bangsa Nefi berkumpul bersama dan berkat yang datang kepada mereka: 3 Nefi 2:11–12 dan 3:13–14, 24–26. Mengapakah ia penting bagi kita untuk “berkumpul” hari ini dalam keluarga dan di gereja? Bagaimanakah pengumpulan membuat kita lebih kuat secara rohani?

  • Gunakan pelajaran berobjek untuk mengajar bahawa kita lebih kuat bersama daripada kita berpisah. Contohnya, jemput kanak-kanak untuk mencuba mematahkan satu kayu dan kemudian satu ikat kayu atau mengoyak satu keping kertas dan kemudian satu timbunan kertas. Bagaimanakah kita seperti kayu atau kertas? Bagaimanakah kita dapat menguatkan satu sama lain apabila kita berkumpul dalam keluarga kita atau di gereja?

  • Jelaskan bahawa Yesus sedang mengumpul umat-Nya ke dalam Gereja hari ini melalui kerja penginjil (lihat 3 Nefi 5:24–26). Jemput penginjil sepenuh masa atau penginjil bahagian untuk berkongsi pengalaman menunjukkan bagaimana orang telah diperkuatkan dengan berkumpul ke dalam Gereja.

3 Nefi 4:30–33; 5:12–26; 6:14; 7:15–26

Saya adalah pengikut Yesus Kristus.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai pengikut Yesus Kristus, seperti yang dilakukan oleh Mormon? (Lihat 3 Nefi 5:13).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Mormon (seperti Buku Seni Injil, no. 73). Jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil giliran dan mengulangi apa yang dikatakan oleh Mormon 3 Nefi 5:13: “Saya adalah pengikut Yesus Kristus.” Apakah maksudnya untuk menjadi pengikut Yesus Kristus? (lihat Ajaran dan Perjanjian 41:5).

  • Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil, dan tugaskan setiap kumpulan untuk membaca tentang salah satu daripada contoh pengikut berikut: bangsa Laman yang telah bertukar hati (lihat 3 Nefi 4:30–33; 6:14), Mormon (lihat 3 Nefi 5:12–26), dan Nefi (lihat 3 Nefi 7:15–26). Bagaimanakah orang-orang ini adalah pengikut benar Yesus Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengikuti contoh mereka?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu yang mereka akan lakukan minggu ini untuk menjadi pengikut Kristus. Galakkan mereka menulisnya dan berkongsi dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tunjukkan satu ayat suci. Pilih ayat yang anda dapati bermakna (atau jemput kanak-kanak memilih salah satu), dan memaparkannya di dalam bilik kelas anda di mana kanak-kanak akan melihatnya dengan kerap. Anda boleh memaparkannya selama beberapa minggu dan merujuknya sekali-kala.

Cetak