Bab 41 Tanda-tanda Kelahiran Kristus Nefi, anak lelaki Helaman, berikan catatan kudus dan tulisan suci kepada anak lelaki tuanya, Nefi. 3 Nefi 1:2 Bangsa Nefi melihat tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang besar yang para nabi katakan akan berlaku sebelum kelahiran Yesus Kristus. 3 Nefi 1:4 Tetapi beberapa bangsa Nefi berkata waktu kelahiran Yesus sudah berlalu. Mereka menghina orang yang masih percaya pada nubuat-nubuat Samuel si bangsa Laman. 3 Nefi 1:5–6 Orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan para nabi berasa sedih kerana memikir bahawa mungkin ada sesuatu perkara menghalang nubuat-nubuat untuk digenapi. 3 Nefi 1:7 Rakyat memerhati dengan iman untuk malam tanpa kegelapan, iaitu tanda bahawa Yesus Kristus akan dilahirkan. 3 Nefi 1:8 Mereka yang tidak percaya kepada Yesus Kristus memilih satu hari untuk membunuh orang-orang yang percaya jika tanda itu tidak berlaku. 3 Nefi 1:9 Nefi berasa sedih kerana kejahatan orang-orang yang tidak percaya kepada Yesus Kristus. 3 Nefi 1:10 Nefi berdoa sepanjang hari bagi rakyat yang akan dibunuh. 3 Nefi 1:11–12 Tuhan menghibur Nefi dan berfirman kepadanya bahawa malam itu tidak akan menjadi gelap. Yesus akan dilahir pada hari seterusnya di Betlehem. 3 Nefi 1:13 Pada malam itu matahari terbenam, tetapi tidak menjadi gelap. Tanda kelahiran Yesus Kristus telah pun datang. Orang ramai terpegun. 3 Nefi 1:15 Mereka yang merancang untuk membunuh orang yang percaya jatuh dan kelihatan telah mati. 3 Nefi 1:16 Mereka takut kerana mereka telah menjadi jahat. Sekarang mereka tahu bahawa Juruselamat akan di lahir dan para nabi bercakap benar. 3 Nefi 1:17–18 Cahaya menerangi sepanjang malam. Apabila matahari terbit pada hari esok, rakyat mengetahui Yesus Kristus akan dilahirkan pada hari itu. Nubuat-nubuat telah digenapi. 3 Nefi 1:19–20 Sebuah bintang baru muncul di langit, seperti dikatakan oleh para nabi. 3 Nefi 1:21 Setan masih cuba mendapati orang ramai untuk tidak percayai tanda-tanda yang dilihat, tetapi kebanyakan mereka percaya. 3 Nefi 1:22 Nefi dan pemimpin Gereja lain membaptis semua orang yang percaya dan telah bertaubat. 3 Nefi 1:23 Ada khabar gembira di negeri kerana kata-kata para nabi telah digenapi. Yesus Kristus telah dilahir. 3 Nefi 1:26