Bab 3
Lehi Meninggalkan Yerusalem
Keluarga Lehi mengemas makanan dan khemah-khemah. Mereka meninggalkan rumah mereka dan emas dan perak mereka serta mengembara ke padang belantara.
Lehi dan isterinya, Saria, mempunyai empat orang anak lelaki. Nama mereka ialah Laman, Lemuel, Sam, dan Nefi.
Selepas mengembara selama tiga hari, keluarga Lehi berkhemah di sebuah lembah berdekatan sebatang sungai.
Lehi membina sebuah altar daripada batu-batu dan membuat persembahan kepada Tuhan. Dia berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan keluarganya daripada dimusnahkan.
Lehi menamai sungai Laman dan lembah Lemuel. Lehi menginginkan anak-anak lelakinya menjadi seperti sungai dan lembah, mengalir berterus-terusan kepada Tuhan dan tabah dalam mentaati perintah-perintah.
Laman dan Lemuel menganggap ayah mereka tidak pintar kerana meninggalkan Yerusalem dan kekayaan mereka. Mereka tidak percaya bahawa Yerusalem akan dimusnahkan.
Nefi ingin memahami hal-hal yang dilihat oleh Lehi. Dia berdoa untuk mengetahui sekiranya ayahnya telah membuat pilihan yang benar dengan meninggalkan Yerusalem.
Yesus Kristus mengunjungi Nefi dan memberitahunya kata-kata Lehi adalah benar. Nefi mempercayai dan tidak memberontak seperti yang dilakukan Laman dan Lemuel.
Nefi memberitahu saudara-saudaranya hal yang dikatakan oleh Yesus kepada dia. Sam mempercayai Nefi, tetapi Laman dan Lemuel tidak mempercayainya.
Tuhan berjanji kepada Nefi bahawa dia akan diberkati kerana imannya. Dia akan menjadi pemimpin atas saudara-saudaranya.