Bab 37 Nefi dan Lehi dalam Penjara Nefi dan Lehi ialah anak-anak lelaki Helaman. Helaman mahu mereka menjadi soleh seperti Lehi dan Nefi yang meninggalkan Yerusalem. Helaman 5:4–7 Helaman mengajar anaknya untuk percaya dalam Yesus Kristus. Mereka belajar bahawa keampunan datang melalui iman dan pertaubatan. Helaman 5:9–12 Nefi dan Lehi pergi mengajar firman Tuhan kepada bangsa Nefi dan bangsa Laman. Beribu orang di baptis. Helaman 5:14–19 Apabila Nefi dan Lehi pergi ke negeri Nefi, satu pasukan tentera Laman menangkap dan membuang mereka ke dalam penjara dan tidak memberi mereka makanan untuk beberapa hari. Helaman 5:20–22 Bangsa Laman masuk ke dalam penjara untuk membunuh Nefi dan Lehi tetapi mereka tidak boleh kerana Lehi dan Nefi dilindungi satu lingkaran api yang akan membakar sesiapa yang cuba menyentuh mereka. Helaman 5:22–23 Nefi dan Lehi tidak terbakar oleh api itu. Mereka beritahu bangsa Laman bahawa kuasa Tuhan melindungi mereka. Helaman 5:24–26 Tanah dan dinding penjara mula bergegar. Satu awan kegelapan mengelilingi mereka di dalam penjara, dan mereka amat takut. Helaman 5:27–28 Satu suara dalam kegelapan bersuara. Ia seperti satu bisikan, tetapi semua orang boleh mendengarnya. Helaman 5:29–30 Suara itu beritahu orang ramai untuk bertaubat dan berhenti untuk cuba membunuh Nefi dan Lehi. Helaman 5:29–30 Suara itu bercakap tiga kali, dan tanah dan dinding penjara terus bergegar. Bangsa Laman tidak boleh melarikan diri kerana ia terlalu gelap dan mereka terlalu takut. Helaman 5:33–34 Seorang bangsa Nefi yang pernah menjadi ahli Gereja nampak muka Nefi dan Lehi bersinar dalam kegelapan. Helaman 5:35–36 Nefi dan Lehi melihat ke arah syurga dan bercakap. Lelaki itu berkata pada bangsa Laman untuk melihat. Mereka tertanya-tanya siapa yang bercakap dengan Nefi dan Lehi. Helaman 5:36–38 Lelaki tersebut, yang bernama Aminadab, beritahu bangsa Laman bahawa Nefi dan Lehi bercakap dengan malaikat. Helaman 5:39 Bangsa Laman tanya Aminadab bagaimana untuk mengalihkan awan kegelapan. Dia beritahu mereka untuk bertaubat dan berdoa sehingga mereka mempunyai iman dalam Yesus Kristus. Helaman 5:40–41 Bangsa Laman berdoa sehingga awan kegelapan hilang. Helaman 5:42 Apabila kegelapan meninggalkan mereka, orang ramai nampak satu tiang api di sekeliling mereka. Api itu tidak membakar mereka atau dinding penjara. Helaman 5:43–44 Bangsa Laman rasa amat gembira dan Roh Tuhan memenuhi hati mereka. Helaman 5:44–45 Satu suara berbisik, mengatakan bahawa mereka akan rasa damai kerana iman mereka dalam Yesus Kristus. Helaman 5:46–47 Para bangsa Laman melihat ke atas untuk melihat dari mana datangnya suara itu. Mereka nampak malaikat turun dari syurga. Helaman 5:48 Lebih kurang 300 orang nampak dan dengar apa yang berlaku dalam penjara. Mereka pergi dan beritahu orang lain. Helaman 5:49–50 Kebanyakan bangsa Laman percaya kepada mereka dan meletakkan senjata mereka ke bawah Helaman 5:50–51 Bangsa Laman berhenti membenci bangsa Nefi dan memberi balik negeri mereka yang telah dirampas. Bangsa Laman menjadi lebih soleh daripada bangsa Nefi. Helaman 5:50, 52 Banyak bangsa Laman pergi bersama Nefi dan Lehi dan mengajar bangsa Nefi dan bangsa Laman. Helaman 6:1, 6–7