Bab 16 Raja Limhi dan Orangnya Melarikan Diri Bangsa Laman telah menangkap banyak bangsa Nefi yang tidak melarikan diri dengan Raja Nuh. Bangsa Laman membawa mereka pergi dan memberi mereka tanah tetapi membuat mereka membayar cukai yang berat. Mosia 19:15 Bangsa Nefi membuat Limhi raja baru mereka. Limhi ialah putera Raja Nuh, tetapi dia tidak jahat seperti bapanya. Dia seorang yang soleh. Mosia 19:17, 26 Raja Limhi cuba untuk berdamai dengan bangsa Laman, tetapi mereka terus mengawal bangsa Nefi dan menjadi kejam kepada mereka. Mosia 19:27–28; Mosia 21:3 Pada suatu hari, Raja Limhi melihat beberapa orang asing di luar kota. Dia meletakkan mereka ke dalam penjara. Orang asing merupakan bangsa Nefi dari Zarahemna. Mosia 21:23–24 Pemimpin mereka bernama Amon. Raja Limhi gembira berjumpa dengannya. Dia tahu Amon dapat membantu rakyatnya melarikan diri dari bangsa Laman. Mosia 7:13–15 Raja Limhi memanggil rakyatnya berkumpul bersama. Dia mengingatkan mereka bahawa kejahatan mereka adalah sebab mereka menjadi hamba bangsa Laman. Mosia 7:17, 20 Dia memberitahu rakyat untuk bertaubat, mempercayai Tuhan, dan mematuhi perintah-perintah. Kemudian Tuhan akan membantu mereka melarikan diri. Mosia 7:19, 33 Bangsa Nefi mengetahui bahawa bangsa Laman yang mengawal kota biasanya mabuk pada waktu malam. Mosia 22:6 Pada malam itu Raja Limhi menghantar wain tambahan kepada pengawal sebagai suatu hadiah. Mosia 22:10 Raja Limhi dan rakyatnya dapat melewati pengawal yang mabuk dan melarikan diri. Mosia 22:11 Amon membimbing Raja Limhi dan rakyatnya melalui padang belantara ke Zarahemla, di mana mereka dialu-alukan. Mosia 22:13–14.