Bab 27 Korihor Ada seorang lelaki bernama Korihor datang ke Zarahemla. Dia tidak percaya kepada Yesus Kristus dan berkhutbah bahawa apa yang dikatakan oleh para nabi tentang Juruselamat tidak benar. Alma 30:6,12–14 Korihor berkata kepada orang ramai bahawa mereka bodoh untuk percaya Yesus akan datang ke bumi untuk menderita demi dosa-dosa mereka. Alma 30:16 Dia berkata orang ramai tidak dapat dihukum untuk dosa-dosa mereka kerana tidak ada kehidupan selepas kematian. Banyak orang percaya Korihor. Mereka menjadi jahat. Alma 30:17–18 Korihor cuba berkhutbah kepada orang Amon, tetapi mereka enggan mendengar. Mereka mengikat dan membawanya ke Amon, yang memaksanya keluar dari kota. Alma 30:19–21 Korihor pergi ke negeri Gideon tetapi rakyat di situ juga enggan mendengar dia. Hakim utama menghantar dia ke Alma. Alma 30:21, 29 Alma menanya Korihor jika dia percaya dalam Tuhan. Korihor berkata dia tidak. Alma bersaksi bahawa ada seorang Tuhan dan Kristus akan datang. Alma 30:37–39 Korihor mahu Alma untuk melakukan suatu mukjizat untuk membuktikan adanya seorang Tuhan. Korihor berkata dia akan percaya dalam Tuhan jika dia nampak suatu tanda kuasa Tuhan. Alma 30:43 Alma memberitahu Korihor bahawa dia telah melihat banyak tanda kuasa Tuhan melalui tulisan suci dan kesaksian semua nabi. Alma 30:44 Alma berkata bumi dan segala di atasnya dan gerakan planet di langit juga tanda-tanda adanya seorang Tuhan. Alma 30:44 Korihor masih tidak mahu percaya. Alma sedih kerana kejahatan Korihor dan memberi amaran bahawa jiwanya akan dimusnah. Alma 30:45–46 Korihor masih mahu suatu tanda untuk membuktikan adanya seorang Tuhan. Alma berkata tanda daripada Tuhan ialah Korihor tidak akan dapat bercakap. Alma 30:48–49 Selepas Alma mengatakan itu, Korihor tidak dapat bercakap. Alma 30:50 Korihor menulis bahawa dia tahu tanda ini adalah daripada Tuhan dan dia selalunya tahu adanya seorang Tuhan. Dia meminta Alma untuk berdoa dan mengambil kutukan itu. Alma 30:52, 54 Alma tahu bahawa jika Korihor dapat bercakap, dia akan berbohong sekali lagi kepada orang ramai. Alma berkata Tuhan akan memutuskan jika Korihor dapat bercakap sekali lagi. Alma 30:55 Tuhan tidak berikan Korihor suaranya kembali. Korihor pergi dari rumah ke rumah, mengemis makanan. Alma 30:56 Hakim utama mengirim sepucuk surat ke seluruh negeri memberitahu apa yang telah berlaku kepada Korihor. Dia memberitahu mereka yang percaya Korihor untuk bertaubat. Orang ramai itu bertaubat. Alma 30:57–58 Korihor pergi dan tinggal dengan bangsa Zoram. Pada satu hari ketika dia mengemis, dia terinjak-injak sampai mati. Alma 30:59