Scripture Stories
Bab 34: Helaman dan 2,000 Pahlawan Muda


Bab 34

Helaman dan 2,000 Pahlawan Muda

Imej
pengawal di atas dinding

Orang Amon telah berjanji kepada Tuhan bahawa mereka tidak akan berlawan lagi. Mereka tinggal berhampiran dengan bangsa Nefi, dan bangsa Nefi melindungi mereka.

Imej
orang-orang bercakap dengan Helaman

Apabila musuh-musuh orang Amon menyerang bangsa Nefi, orang Amon ingin melanggar sumpah mereka dan menolong orang Nefi berlawan.

Imej
Helaman bercakap dengan kumpulan

Helaman dan pemimpin bangsa Nefi yang lain tidak mahu orang Amon melanggar sumpah mereka kepada Tuhan.

Imej
anak-anak lelaki orang Amon

Anak-anak lelaki muda orang Amon tidak membuat sumpah itu. Mereka mahu membantu tentera bangsa Nefi berperang untuk kebebasan.

Imej
2000 pahlawan

Dua ribu anak lelaki muda ini memilih untuk mempertahankan negeri mereka. Mereka meminta Helaman untuk menjadi pemimpin mereka.

Imej
Tiga pahlawan

Anak-anak lelaki muda ini gagah, berani, dan kuat. Mereka juga jujur dan boleh dipercayai, dan mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan.

Imej
Helaman dengan pahlawan-pahlawan

Helaman memimpin 2,000 pahlawan muda ke dalam peperangan. Dia memanggil mereka sebagai anak-anak lelakinya, dan mereka memanggilnya bapa mereka.

Imej
Helaman memimpin pahlawan-pahlawan

Walaupun anak-anak lelaki Helaman tidak pernah berlawan, mereka tidak takut. Ibu mereka telah mengajar mereka untuk beriman kepada Tuhan dan untuk mengetahui bahawa Dia akan menolong mereka.

Imej
pahlawan-pahlawan berlawan

Helaman dan tenteranya telah melawan dengan bangsa Laman dalam beberapa peperangan. Anak-anak lelaki muda ini mematuhi semua arahan Helaman.

Imej
pahlawan-pahlawan selepas peperangan

Mereka berlawan dengan berani dan membantu mengusir musuh. Selepas peperangan Helaman mendapati bahawa semua anak lelakinya telah cedera tetapi tiada sesiapa yang dibunuh.

Imej
Helaman dan pahlawan

Ia merupakan suatu mukjizat. Helaman sangat gembira. Dia tahu bahawa anak-anak lelaki muda ini telah dilindungi kerana iman mereka yang besar terhadap Tuhan.