Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 6: Mimpi Lehi


Bab 6

Mimpi Lehi

Lehi bersama keluarga

Lehi memberitahu keluarganya tentang suatu penglihatan penting yang dia menampak dalam mimpi. Mimpi Lehi membuatnya gembira bagi Nefi dan Sam tetapi sedih bagi Laman dan Lemuel.

Lehi dan malaikat

Dalam mimpinya, Lehi melihat seorang lelaki berpakaian jubah putih yang menyuruh Lehi untuk mengikutnya. Lehi mengikut orang itu ke suatu padang belantara yang gelap dan suram.

Lehi berdoa

Selepas membuat perjalanan dalam kegelapan selama banyak jam lama, Lehi berdoa untuk bantuan.

pohon

Kemudian dia nampak suatu pohon berbuah putih. Buah yang manis ini membuat mereka yang memakannya gembira.

Lehi makan buah

Lehi makan buah dan dipenuhi dengan kebahagiaan. Dia inginkan keluarganya untuk makan buah itu kerana dia tahu ia akan menggembirakan mereka.

Saria, Sam dan Nefi berjalan menuju Lehi

Lehi melihat sebuah sungai mengalir dekat pohon itu. Di hulu sungai itu, dia nampak Saria, Sam dan Nefi.

keluarga berjalan menuju pohon

Lehi memanggil kepada isterinya dan anak-anak lelaki datang dan makan buah itu. Saria, Sam dan Nefi pergi dan makan buah itu, tetapi Laman dan Lemuel enggan.

batang besi menuntun kepada pohon

Lehi juga nampak sebatang besi dan suatu lorong sempit dan kecil menuntun kepada pohon.

orang ramai memegang batang besi

Dia nampak orang ramai sedang mara ke hadapan menuju lorong itu. Oleh kerana suatu kabut kegelapan, ada orang yang terayau-rayau dan menjadi sesat.

orang ramai memegang batang besi

Orang lain memegang kuat kepada batang besi itu dan berjaya melalui kabut kegelapan. Mereka makan buah itu.

orang ramai makan buah

Mereka di dalam sebuah bangunan besar di sebelah lain sungai mengetawakan mereka yang makan buah itu. Ada di antara mereka yang telah makan buah itu menjadi malu dan meninggalkan pohon itu.

bangunan lapang

Lehi nampak banyak orang dalam mimpinya. Ada orang yang memegang kuat kepada batang besi dan berjaya melalui kabut kegelapan sampai pohon itu. Mereka makan buah itu. Orang lain pergi ke bangunan besar atau mati lemas di dalam sungai ataupun menjadi sesat. Laman dan Lemuel enggan makan buah itu. Lehi risau mengenai mereka dan cuba membantu mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan.