Bab 4
Kepingan-kepingan Loyang
Kepingan-kepingan loyang merupakan catatan yang penting. Mereka menceritakan tentang nenek moyang Lehi dan mengandungi firman Tuhan yang diberikan melalui nabi-nabi.
Laman dan Lemuel tidak mahu pulang dan mengambil kepingan-kepingan loyang. Mereka kata ia terlalu susah. Mereka tidak mempunyai iman dalam Tuhan.
Nefi ingin mematuhi Tuhan. Dia tahu bahawa Tuhan akan menolong dia dan saudara-saudaranya untuk mendapat kepingan-kepingan loyang daripada Laban.
Laman, Lemuel, Sam dan Nefi pulang ke Yerusalem untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang.
Laman pergi kepada Laban dan meminta dia untuk kepingan-kepingan itu.
Laban amat marah dan tidak mahu memberi Laman kepingan-kepingan loyang itu. Laban ingin membunuh Laman tetapi Laman melarikan diri.
Laman beritahu saudara-saudaranya apa yang telah berlaku. Dia amat takut dan ingin menyerah kalah dan pulang kepada bapa mereka di padang belantara.
Nefi berkata mereka tidak boleh pulang tanpa kepingan-kepingan loyang itu. Dia memberitahu saudara-saudaranya untuk mempunyai lebih iman dalam Tuhan dan mereka akan mendapat kepingan-kepingan loyang.
Nefi dan saudara-saudaranya pergi ke rumah mereka yang lama di Jerusalem dan mengumpul semua emas dan perak mereka untuk ditukarkan dengan kepingan-kepingan itu.
Mereka menunjukkan Laban kekayaan mereka dan menawarkan sebagai pertukaran untuk kepingan-kepingan. Apabila Laban nampak emas dan perak mereka, dia inginkannya untuk diri dia sendiri dan menghalau mereka keluar.
Laban menyuruh orang suruhannya untuk membunuh anak-anak lelaki Lehi. Nefi dan saudara-saudaranya lari dan sorok dalam sebuah gua. Laban menyimpan emas dan perak mereka.
Laman dan Lemuel marah dengan Nefi. Mereka memukul Nefi dan Sam dengan sebatang kayu.
Seorang malaikat muncul dan menyuruh Laman dan Lemuel untuk berhenti. Dia berkata bahawa Tuhan akan menolong mereka untuk mendapatkan kepingan-kepingan itu. Dia juga berkata Nefi akan menjadi ketua di antara saudara-saudaranya.
Dia memberitahu saudara-saudaranya untuk mempunyai lebih iman dalam Tuhan dan jangan takut kepada Laban dan orang suruhannya. Nefi menggalakkan saudara-saudaranya untuk pulang ke Yerusalem.
Pada malam itu saudara-saudara Nefi menyorok di luar tembok Yerusalem sementara Nefi menyelinap masuk. Dia berjalan ke arah rumah Laban.
Apabila Nefi mendekati rumah Laban, dia nampak seorang lelaki yang mabuk terbaring di atas tanah. Ia adalah Laban
Nefi nampak pedang Laban dan mengambilnya. Roh Kudus beritahu Nefi untuk membunuh Laban, tetapi Nefi tidak mahu membunuhnya.
Roh Kudus beritahu Nefi sekali lagi untuk membunuh Laban supaya Nefi boleh mendapat kepingan-kepingan loyang. Keluarga Nefi perlukan kepingan-kepingan ini supaya mereka boleh belajar injil.
Nefi mematuhi Roh Kudus dan membunuh Laban. Kemudian Nefi memakai pakaian dan perisai Laban.
Nefi masuk ke dalam rumah Laban dan bertemu dengan Zoram, orang suruhan Laban. Nefi nampak dan bersuara seperti Laban.
Dia beritahu Zoram untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang. Zoram fikir Nefi ialah Laban, jadi dia memberikannya kepingan-kepingan itu. Nefi beritahu Zoram untuk mengikutnya.
Laman, Lemuel, dan Sam nampak Nefi datang kepada mereka dan berasa takut, mereka fikir dia ialah Laban. Mereka mula lari dan berhenti apabila Nefi panggil mereka.
Kemudian Zoram sedar bahawa Nefi bukan Laban, dan dia cuba untuk lari. Nefi menangkap Zoram dan berjanji yang dia tidak akan cederakannya jika dia ikut Nefi ke padang belantara.
Zoram bersetuju. Nefi dan saudara-saudaranya bawa Zoram dan kepingan–kepingan loyang dan pulang kepada Lehi dan Saria.
Mereka memberikan kepingan-kepingan loyang kepada Lehi. Dia dan Saria amat gembira bahawa anak lelaki mereka selamat. Mereka bergembira dan berterima-kasih kepada Tuhan.
Lehi membaca kepingan-kepingan loyang. Ia menceritakan tentang Adam dan Hawa serta Penciptaan dunia. Ia mengandungi perkataan para nabi.
Lehi dan Nefi gembira kerana mereka telah mematuhi Tuhan dan telah mendapat kepingan-kepingan loyang.
Keluarga Lehi mengemas kepingan-kepingan loyang untuk dibawa dengan perjalanan mereka supaya mereka boleh mengajar anak-anak mereka perintah-perintah yang dicatat dalam kepingan-kepingan itu.