Scripture Stories
Bab 46: Yesus Kristus Mengajar dan Berdoa Bersama Bangsa Nefi


Bab 46

Yesus Kristus Mengajar dan Berdoa Bersama Bangsa Nefi

Imej
orang ramai berjalan pada malam hari

Bangsa Nefi yang melihat Yesus Kristus memberitahu kawan-kawan mereka Dia akan kembali pada keesokan hari. Banyak orang telah bekerja keras untuk berada di tempat di mana Yesus akan berada.

Imej
orang ramai berdoa

Keesokan pagi Nefi dan para pengikut yang lain mengajar sekumpulan orang yang telah berkumpul. Para pengikut kemudian berdoa agar mereka dapat menerima Roh Kudus.

Imej
para pengikut dibaptiskan

Nefi turun ke dalam air dan dibaptiskan. Kemudian dia membaptis para pengikut yang lain.

Imej
para malaikat turun dari syurga

Setelah mereka dibaptiskan, para pengikut menerima Roh Kudus. Api seolah-olahnya mengelilingi mereka, para malaikat turun dari syurga dan melayani mereka.

Imej
Yesus bersama para malaikat

Semasa malaikat bersama para pengikut, Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka.

Imej
bangsa Nefi berdoa

Yesus memerintahkan semua bangsa Nefi agar berlutut di atas tanah. Dia memerintahkan para pengikut-Nya untuk berdoa.

Imej
Yesus berdoa

Semasa mereka sedang berdoa, Yesus pergi jauh sedikit daripada mereka dan berlutut dan berdoa kepada Bapa Syurgawi.

Imej
Yesus berdoa

Yesus berterima kasih kepada Bapa Syurgawi kerana memberikan Roh Kudus kepada para pengikut-Nya. Kemudian dia meminta agar Roh Kudus diberikan kepada mereka semua yang mempercayai perkataan-perkataan para pengikut.

Imej
Yesus memberkati para pengikut

Yesus memberkati para pengikut-Nya semasa mereka sedang berdoa. Dia senyum kepada mereka, dan mereka menjadi seputih wajah dan pakaian-Nya.

Imej
Yesus berdoa bersama para pengikut

Yesus berdoa lagi untuk para pengikut-Nya. Dia merasa senang terhadap iman mereka yang besar.

Imej
Yesus berbicara kepada orang ramai

Kristus memerintahkan orang ramai agar berhenti berdoa tetapi berterusan berdoa di dalam hati mereka. Kemudian Dia memberikan mereka sakramen.

Imej
Yesus memberkati roti

Tidak ada seorang pun yang membawa roti mahupun air, tetapi Juruselamat menyediakan ia dalam cara yang menakjubkan.

Imej
Joseph Smith memegang tulisan-tulisan suci

Yesus Kristus memberitahu bangsa Nefi bahawa injil-Nya akan dipulihkan kembali di bumi pada hari-hari terakhir.

Imej
Kristus berbicara kepada Nefi

Dia memerintahkan mereka untuk membaca tulisan suci, dan Dia memfirmankan Nefi untuk menulis dalam catatan-catatan kegenapan nubuat-nubuat Samuel si bangsa Laman yang selebihnya.

Imej
Yesus mengajar dari tulisan suci

Kemudian Yesus mengajar orang ramai dari tulisan suci. Dia memerintahkan mereka untuk saling mengajar kepada satu sama lain hal-hal yang telah Dia ajarkan kepada mereka.

Imej
Nefi membaptis

Yesus naik ke syurga, dan para pengikut-Nya mengajar orang ramai. Mereka yang percaya dibaptiskan dan menerima Roh Kudus.

Imej
bangsa Nefi membawa labu-labu

Bangsa Nefi mulai untuk mematuhi semua perintah-perintah.