Bab 5 Perjalanan ke Padang Belantara Tuhan inginkan anak-anak lelaki Lehi mempunyai isteri-isteri yang akan mengajar injil kepada anak-anak mereka. Dia memberitahu Lehi supaya menghantar anak-anak lelakinya pulang ke Yerusalem untuk membawa keluarga Ismael. 1 Nefi 7:1–2 Nefi dan saudara-saudara pulang ke Yerusalem Mereka memberitahu Ismael bahawa Tuhan mahu dia melakukannya. Ismael percaya mereka, dan dia bersama keluarganya pergi dengan anak-anak perempuan Lehi. 1 Nefi 7:3–5 Apabila mereka pergi ke padang belantara, Laman dan Lemuel, dan beberapa ahli keluarga Ismael menjadi marah. Mereka mahu pulang ke Yerusalem. 1 Nefi 7:6–7 Nephi mengingatkan Laman dan Lemuel segala Tuhan telah melakukan untuk mereka. Dia memberitahu mereka untuk memiliki iman lebih besar. Mereka sangat marah terhadap Nefi tetapi tidak pulang ke Yerusalem. 1 Nefi 7:8–13, 16, 21 Kemudian Nefi, saudara-saudaranya, dan Zoram berkahwin dengan anak-anak perempuan Ismael. 1 Nefi 16:7 Tuhan memberitahu Lehi untuk teruskan perjalanannya. Esok pagi, Lehi menjumpai sebuah bola loyang dipanggil Liahona di luar khemahnya. Ia menunjukkan arah perjalanan di padang belantara. 1 Nefi 16:9–10 Keluarga Lehi mengumpul makanan, benih-benih dan mengambil khemah-khemah mereka. Mereka sudah banyak hari membuat perjalanan di padang belantara, mengikuti arahan-arahan dari Liahona. 1 Nefi 16:11–16 Nefi dan saudara-saudaranya menggunakan busur dan anak panah memburu untuk makanan sambil membuat perjalanan. 1 Nefi 16:14–15 Busur keluli Nefi patah, dan busur saurdara-saudaranya kehilangan kekuatan. Saudara-saudaranya tidak dapat membunuh binatang, maka semua lapar. Laman dan Lemuel marah. 1 Nefi 16:18–21 Nefi membuat sebuah busur kayu dan menanya bapanya ke mana untuk memburu. Lehi menerima arahan-arahan pada Liahona. Nefi mengikut arahan-arahannya dan mendapati beberapa binatang. 1 Nefi 18:26, 30–31 Liahona hanya bekerja apabila keluarga Nefi beriman, tekun dan patuh. 1 Nefi 16:28–29 Nefi kembali dengan binatang-binatang yang dia memburu. Semua bergembira mendapati makanan. Mereka menyesal kerana mereka marah dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati mereka. 1 Nefi 16:32 Membuat perjalanan tidak mudah. Seringkali keluarga Lehi berasa letih, lapar dan haus. Ismael mati dan anak-anak perempuannya sedih. Mereka merungut terhadap Lehi. 1 Nefi 16:34–35 Laman dan Lemuel juga merungut. Mereka tidak percaya bahawa Tuhan telah berbicara dengannya. Mereka mahu bunuh Lehi dan Nefi dan pulang ke Yerusalem. 1 Nefi 16:37–38 Suara Tuhan berfirman kepada Laman dan Ismael. Ia berfirman supaya tidak marah dengan Lehi dan Nefi. Laman dan Lemuel bertaubat. 1 Nefi 16:39 Keluarga Lehi menyambung perjalanan susah mereka. Tuhan menolong mereka dan menguatkan mereka. Anak-anak telah dilahir. Lehi dan Saria mempunyai dua anak lelaki lagi, bernama Yakub dan Yusuf. 1 Nefi 17:1–3; 1 Nefi 18:7 Selepas membuat perjalanan di padang belantara selama lapan tahun, keluarga Lehi sampai ke tepi laut. Mereka mendapati buah-buahan dan madu. Mereka memanggil tempat itu Kelimpahan. 1 Nefi 17:4–6