Bab 48 Kedamaian di Amerika Selepas Yesus kembali ke syurga, para pengikut-Nya telah membentuk Gereja-Nya di seluruh negeri. 4 Nefi 1:1 Orang ramai yang telah bertaubat akan dosa-dosa mereka dibaptiskan dan menerima Roh Kudus. 4 Nefi 1:1 Kemudian semua bangsa Nefi dan bangsa Laman telah bertukar hati. Mereka tidak bertengkar dan semua orang jujur. 4 Nefi 1:2 Tidak ada yang kaya atau miskin. Rakyat berkongsi segalanya, dan mereka semua memiliki apa yang mereka perlukan. 4 Nefi 1:3 Para pengikut melaksanakan banyak mukjizat dalam nama Yesus Kristus. Mereka menyembuhkan yang sakit dan menghidupkan kembali yang mati. 4 Nefi 1:5 Rakyat membina banyak ktoa-kota baru yang telah musnah. 4 Nefi 1:7 Mereka mentaati perintah-perintah Tuhan. Mereka berpuasa dan berdoa dan sering berhimpun bersama untuk mendengar firman Tuhan. 4 Nefi 1:12 Rakyat gembira. 4 Nefi 1:16 Tidak terdapat perompak, tidak ada penipu, tidak ada pembunuh. Rakyat tidak lagi terbahagi kepada bangsa Nefi dan bangsa Laman tetapi semua adalah satu, anak-anak Tuhan. 4 Nefi 1:16–17 Tuhan memberkati rakyat itu dalam segala yang mereka kerjakan. 4 Nefi 1:18 Mereka hidup dalam kedamaian untuk 200 tahun. Rakyat menjadi sangat kaya. 4 Nefi 1:22–23