Cerita-cerita Kitab Suci
Bag 53: Moroni dan Ajarannya


Bab 53

Moroni dan Ajarannya

Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas

Selepas Mormon meninggal dunia, Moroni seorang diri. Dia menghabiskan catatan yang diberi bapanya.

Moroni melihat Joseph Smith

Moroni tahu bahawa kepingan-kepingan emas akan pada satu hari dikeluarkan daripada tanah.

pasangan bersama Kitab Mormon

Tulisan pada kepingan-kepingan emas mengajar kita tentang Yesus Kristus. Ia memberi kesaksian dan mengajar orang ramai bagaimana untuk hidup dengan soleh.

Bangsa Laman menangkap bangsa Nefi

Bangsa Laman yang jahat membunuh setiap bangsa Nefi yang tidak menafikan Yesus Kristus.

Moroni menyembunyi daripada bangsa Laman

Moroni tidak akan menafikan Yesus Kristus. Dia sentiasa bergerak, menyembunyi daripada bangsa Laman.

Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas

Moroni menulis lebih banyak di atas kepingan-kepingan emas, terutamanya kepada bangsa Laman pada zaman akhir.

remaja putera memberkati sakramen

Dia menulis banyak perkara termasuk, perkataan untuk doa sakramen.

lelaki dibaptiskan

Moroni menulis bahawa orang yang boleh di baptis ialah mereka yang ingin bertaubat akan dosa-dosanya dan melayani Yesus Kristus.

Yesus Kristus

Moroni mahukan semua orang untuk percaya dalam Yesus Kristus dan untuk mengetahui-Nya. Dia berkata bahawa semua yang baik datang daripada Yesus Kristus.

Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas

Moroni menulis jika manusia menyayangi Tuhan dan mengikuti-Nya, mereka boleh menjadi sempurna.

Moroni

Moroni tahu bahawa selepas dia meninggal dunia dia akan bangkit dan akan hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.