Bab 45 Yesus Kristus Mengajar tentang Sakramen dan Doa Yesus Kristus memesan para pengikut-Nya untuk mendapatkan beberapa buku roti dan wain. Dia memerintahkan bangsa Nefi untuk duduk di atas tanah. 3 Nefi 18:1–2 Apabila para pengikut kembali, Juruselamat memecah-mecahkan roti dan memberkati ia. Dia memberikan ia kepada para pengikut-Nya dan memerintahkan mereka untuk memberikan ia kepada orang ramai. 3 Nefi 18:3–4 Yesus berfirman orang ramai yang mengambil sakramen berjanji untuk sentiasa mengingati-Nya dan pengorbanan-Nya. Kemudian mereka menerima Rohnya. 3 Nefi 18:7 Yesus Kristus memberkati wain tersebut dan memberikannya kepada para pengikutnya. Para pengikut memberikan wain tersebut kepada orang ramai. 3 Nefi 18:8 Yesus berfirman mereka yang mengambil sakramen berjanji untuk mentaati perintah-perintah-Nya. 3 Nefi 18:10 Yesus berfirman kepada para pengikut-Nya lagi bahawa sesiapa yang mengambil sakramen dan selalu mengingati-Nya akan memiliki Roh-Nya. 3 Nefi 18:11 Dia berfirman kepada para pengikut-Nya bahawa mereka akan diberkati sekiranya mereka mentaati perintah-perintah-Nya. 3 Nefi 18:14 Dia memerintahkan mereka agar berdoa selalu dan berdoa seperti yang telah mereka lihat Dia lakukan. 3 Nefi 18:15–16 Juruselamat berfirman kepada bangsa Nefi untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi dalam nama-Nya. Dia juga berfirman kepada mereka untuk berdoa bersama-sama keluarga mereka. 3 Nefi 18:19, 21 Dia berfirman orang ramai haruslah sering berhimpun bersama. Mereka harus mengalu-alukan orang lain ke pertemuan-pertemuan mereka, berdoa untuk mereka, dan menjadi teladan-teladan yang baik kepada mereka. 3 Nefi 18:22–24 Juruselamat memberi para pengikut-Nya kuasa untuk memberikan Roh Kudus. Kemudian segumpal awan membayangi orang ramai dan hanya para pengikut melihat Yesus Kristus naik ke syurga. 3 Nefi 18:36–39