Pengenalan
Kepada Pembaca
Cerita-cerita Kitab Mormon ini telah ditulis khas untuk anda. Cerita-cerita ini diambil dari buku yang kudus kerana ia datang daripada Bapa Syurgawi. Semasa anda membaca cerita-cerita ini, ingatlah bahawa ia adalah tentang orang sebenar yang tinggal di Amerika lama dahulu.
Selepas membaca cerita-cerita dalam buku ini, anda juga akan mahu membacanya dari Kitab Mormon. Di bawah setiap gambar, anda akan lihat di mana anda dapat mencari cerita itu dalam Kitab Mormon. Mintalah ayah, ibu, pengajar, atau kawan untuk membantu anda.
Sekiranya anda tidak mengetahui makna sesuatu perkataan, lihatlah di dalam bahagian “Perkataan untuk Diketahui” pada halaman belakang buku ini. Maklumat mengenai orang dan tempat yang disebutkan dalam Kitab Mormon juga termasuk di belakang buku.
Kepada Ibu Bapa dan Pengajar
Buku ini akan membantu anda mengajar kitab suci. Kongsikan kesaksian anda tentang Kitab Mormon, dan menggalakkan orang yang anda ajar untuk mencari kesaksian mereka sendiri. Pemahaman mereka akan berkembang apabila anda membaca teks penuh cerita kegemaran mereka dari Kitab Mormon itu sendiri.