Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 32: Panglima Moroni dan Panji Kemerdekaan


Bab 32

Panglima Moroni dan Panji Kemerdekaan

Amalikia berbicara

Seorang lelaki yang jahat bernama Amalikia ingin menjadi raja atas bangsa Nefi. Banyak bangsa Nefi telah meninggalkan Gereja untuk mengikuti dia.

Amalikia

Sekiranya Amalikia menjadi raja, dia akan cuba untuk memusnahkan Gereja Tuhan dan merampas kebebasan rakyat.

Moroni memerhatikan Amalikia

Ketika Panglima Moroni, ketua utama tentera-tentera bangsa Nefi, mendengar tentang rancangan Amalikia untuk menjadi seorang raja, dia menjadi marah.

Moroni menulis di atas panji

Moroni mengoyakkan jubahnya untuk dijadikan sebuah panji. Di atasnya dia menulis sebuah pesanan untuk mengingatkan rakyat untuk mempertahankan agama mereka, kebebasan, dan kedamaian.

Moroni berdoa

Moroni meletakkan panji tersebut di sebatang galah dan memanggilnya panji kemerdekaan. Kemudian dia mengenakan perisainya, dia berlutut untuk berdoa.

Moroni sedang berdoa

Dia meminta Tuhan untuk melindungi mereka yang percaya kepada Yesus Kristus dan berdoa untuk kebebasan di negeri itu, dan memanggilnya sebagai negeri kemerdekaan.

Moroni mengibarkan panji

Moroni pergi di kalangan orang ramai. Mengibarkan panji kemerdekaan, dia menyeru mereka untuk datang dan membantu melindungi kebebasan mereka.

orang ramai berkumpul di sekeliling Moroni

Orang ramai datang dari seluruh negeri. Mereka berjanji untuk mentaati perintah-perintah Tuhan dan berjuang untuk kebebasan.

Amalikia dan para pengikutnya melarikan diri

Ketika Amalikia lihat betapa ramai bangsa Nefi yang bergabung bersama Moroni, dia menjadi takut. Dia dan para pengikutnya pergi untuk bergabung menyertai bangsa Laman.

Moroni dan tentera-tenteranya

Moroni dan tentera-tenteranya cuba untuk menghalang mereka, tetapi Amalikia dan beberapa orangnya telah terlepas.

panji berkibar di menara pemerhati

Moroni meletakkan panji kemerdekaan di setiap menara di negeri bangsa Nefi. Bangsa Nefi telah mempertahankan kebebasan mereka dan memiliki kedamaian semula.