Bab 40 Samuel si bangsa Laman berbicara tentang Yesus Kristus Bangsa Laman mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mereka menjadi lebih soleh daripada bangsa Nefi. Helaman 13:1 Samuel, seorang nabi bangsa Laman, pergi ke Zarahemla untuk berkhutbah kepada bangsa Nefi yang jahat. Dia menyuruh mereka untuk bertaubat. Helaman 13:2 Bangsa Nefi mengusir Samuel keluar dari kota, dan dia mula pulang ke negerinya. Helaman 13:2 Tetapi Tuhan memerintah Samuel untuk kembali ke Zarahemla dan memberitahu rakyat itu hal-hal yang Tuhan akan letakkan ke dalam hatinya. Helaman 13:3 Bangsa Nefi tidak membenarkan Samuel kembali ke dalam kota, maka dia memanjat ke atas tembok dinding kota dan berkhutbah dari situ. Helaman 13:4 Dia menubuat bahawa bangsa Nefi akan dimusnahkan dalam 400 tahun sekiranya rakyat bertaubat dan beriman kepada Yesus Kristus. Helaman 13:5–6 Samuel memberitahu bangsa Nefi bahawa Yesus Kristus akan dilahirkan dalam lima tahun dan dia akan menyelamatkan semua yang percayai Dia. Helaman 14:2 Samuel memberitahu mereka tentang tanda-tanda kelahiran Yesus. Sebuah bintang baru akan muncul, dan pada malam sebelum Yesus akan dilahir, ia tidak akan menjadi gelap. Helaman 14:3–5 Samuel memberitahu mereka tentang tanda-tanda kelahiran Yesus. Akan ada kegelapan selama tiga hari–matahari, bulan dan bintang tidak akan bersinar. Helaman 14:20 Juga akan ada petir, kilat dan gempa bumi. Gunung ganang akan menderai dan banyak kota akan dimusnahkan Helaman 14:21–24 Ada beberapa bangsa Nefi percaya Samuel dan bertaubat atas dosa-dosa mereka. Mereka pergi mencari Nefi, seorang bangsa Nefi soleh yang boleh membaptiskan mereka. Helaman 16:1 Bangsa Nefi yang selebihnya tidak percaya Samuel. Mereka membaling batu dan melepaskan anak panah kepada dia. Tetapi Tuhan melindungi dia, dan tiada batu atau anak panah mengenakannya. Helaman 16:2 Apabila rakyat melihat bahawa dia tidak dapat dikenakan, lebih banyak orang mempercayai dia dan pergi ke Nefi untuk dibaptis. Helaman 16:3 Nefi juga mengajar orang ramai tentang Yesus. Dia mahu mereka percaya kepada Yesus, bertaubat dan dibaptiskan. Helaman 16:4–5 Tetapi kebanyakan bangsa Nefi tidak percaya Samuel. Mereka cuba menangkap dia. Helaman 16:6 Samuel melompat ke bawah dari tembok dinding dan lari ke negerinya. Helaman 16:7 Samuel mula mengajar bangsa Laman. Dia tidak pernah lagi didengari di kalangan bangsa Nefi. Helaman 16:7–8