Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 38: Pembunuhan Hakim Utama


Bab 38

Pembunuhan Hakim Utama

bangsa Nefi jahat bercakap

Orang yang jahat telah menjadi hakim-hakim ke atas bangsa Nefi. Mereka menghukum orang yang baik dan tidak menghukum orang yang jahat.

Nefi

Nefi amat sedih melihat banyak kejahatan di antara bangsanya.

jalan ke Zarahemla

Pada satu hari dia sedang berdoa di atas menara di tamannya. Tamannya terletak di sebelah jalan besar yang menghala ke pasar di Zarahemla.

Nefi berdoa

Orang ramai yang melalui jalan besar mendengar Nefi berdoa. Satu kumpulan besar berkumpul tertanya-tanya kenapa dia sedih.

Nefi bercakap dengan orang ramai.

Apabila Nefi nampak semua orang, dia beritahu mereka bahawa dia sedih kerana kejahatan mereka. Dia beritahu mereka untuk bertaubat.

Bangsa Nefi mendengar Nefi

Dia memberi amaran kepada mereka bahawa jika mereka tidak bertaubat, musuh mereka akan mengambil rumah dan kota mereka dan Tuhan tidak akan menolong mereka melawan musuh mereka.

Nefi bercakap

Nefi berkata bahawa bangsa Nefi lebih jahat daripada bangsa Laman kerana bangsa Nefi sudah diajar perintah tetapi tidak mengikutnya.

Nefi bercakap

Dia berkata jika bangsa Nefi tidak bertaubat, mereka akan dimusnahkan.

orang marah

Beberapa hakim-hakim yang jahat berada di sana. Mereka ingin rakyat untuk menghukum Nefi untuk bercakap menentang mereka dan undang-undang.

Lelaki bergaduh

Beberapa orang setuju dengan hakim-hakim yang jahat. Yang lain percaya Nefi, mereka tahu dia seorang nabi dan bercakap kebenaran.

Nefi bercakap

Nefi beritahu orang ramai bahawa mereka telah memberontak terhadap Tuhan dan akan dihukum jika mereka tidak bertaubat.

Nefi menunjuk

Nefi suruh mereka untuk pergi cari hakim utama mereka. Dia akan berbaring dilumuri darah dia sendiri, di bunuh oleh seorang sudara yang inginkan kedudukan dia.

Lelaki lari

Lima lelaki lari daripada orang ramai dan lari untuk melihat hakim utama. Mereka tidak percaya Nefi seorang nabi Tuhan.

hakim utama mati

Apabila mereka melihat Sezoram, hakim utama, baring dalam darahnya sendiri, mereka jatuh ke tanah dalam ketakutan. Sekarang mereka tahu Nefi seorang nabi Tuhan.

lelaki menunjuk

Orang suruhan Sezoram sudah menjumpai hakim utama dan lari dan beritahu orang ramai. Mereka pulang kembali dan menjumpai lima orang lelaki itu baring di sana.

Lelaki marah

Orang ramai fikir bahawa mereka lima membunuh Sezoram.

lelaki bercakap

Mereka menghumban lima lelaki itu ke dalam penjara dan dan mengkhabarkan kepada bandar bahawa hakim utama telah dibunuh dan pembunuhnya dalam penjara.

lelaki bercakap

Hari berikutnya, orang ramai pergi ke tempat di mana hakim utama akan dikuburkan. Hakim-hakim yang berada di taman Nefi pada hari sebelumnya, tanya di mana lima lelaki itu berada.

hakim bercakap

Para hakim minta untuk melihat mereka yang tertuduh.

lelaki di hadapan hakim-hakim

Pembunuh yang tertuduh adalah lima orang lelaki yang lari daripada taman Nefi ke hakim utama.

lelaki di hadapan hakim utama

Lima lelaki itu berkata mereka menjumpai hakim utama baring dalam darah, seperti apa yang dikatakan Nefi. Kemudian para-hakim menuduh Nefi menghantar seorang untuk membunuh Sezoram.

lima lelaki diikat.

Mengetahui bahawa Nefi seorang nabi, lima lelaki bertengkar dengan para hakim, tetapi mereka enggan mendengar. Mereka mengikat Nefi.

hakim bercakap dengan Nefi

Para hakim menawarkan Nefi wang dan nyawanya jika dia berkata bahawa dia yang merancang untuk membunuh hakim utama.

Nefi diikat

Nefi beritahu para hakim untuk bertaubat akan kejahatan mereka. Kemudian dia beritahu mereka untuk pergi ke Seantum, saudara Sezoram.

hakim bercakap dengan Seantum

Nefi beritahu mereka untuk tanya Seantum jika dia dan Nefi telah merancang untuk membunuh Sezoram. Nefi berkata Seantum akan cakap “tidak.”

lelaki menarik jubah Seantum

Kemudian para hakim harus tanya Seantum jika dia membunuh saudaranya. Seantum akan sekali lagi berkata “tidak”, tetapi para hakim akan jumpa darah di jubahnya.

Seantum

Nefi berkata Seantum akan kemudian menggeletar dan bertukar pucat dan akan mengaku dalam membunuh saudaranya.

Seantum dibawa pergi

Para hakim pergi ke rumah Seantum, dan semuanya terjadi seperti yang dikatakan Nefi. Nefi dan lima lelaki itu dibebaskan.

Nefi

Apabila orang berjalan meninggalkan Nefi, ada yang berkata dia seorang nabi, dan ada yang berkata dia seorang tuhan. Nefi pulang ke rumah, masih sedih akan kejahatan mereka.