Bab 18 Alma yang Muda Bertaubat Raja Mosia menjadikan Alma sebagai pemimpin Gereja di Zarahemla. Alma kemudian memilih lelaki lain untuk membantunya mengajar bangsa Nefi. Mosia 25:19; Mosia 26:8 Alma dan Raja Mosia bimbing kerana orang-orang yang tidak percaya menyebabkan jemaah-jemaah Gereja menderita kerana kepercayaan mereka. Mosia 27:1 Alma mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Alma. Alma yang Muda tidak mempercayai ajaran-ajaran ayahnya dan menjadi orang yang jahat. Mosia 27:8 Alma yang Muda dan keempat-empat putera Raja Mosia memberontak terhadap Gereja. Mereka memujuk banyak orang untuk meninggalkan Gereja dan menjadi jahat. Mosia 27:8 Alma berdoa agar anak lelakinya akan mempelajari kebenaran dan bertaubat. Mosia 27:14 Alma yang Muda dan para putera Raja Mosia berterusan untuk memusnahkan Gereja. Mosia 27:10 Suatu hari seorang malaikat menampakkan diri kepada mereka. Malaikat tersebut berbicara dengan suara kuat yang menggoncang tanah. Mosia 27:11 Kelima-lima pemuda itu sungguh takut sehingga mereka jatuh ke bumi. Pada mulanya mereka tidak memahami kata-kata yang diucapkan oleh malaikat. Mosia 27:12 Malaikat tersebut datang sebagai jawapan kepada doa-doa para jemaah Gereja. Malaikat menanyakan kepada Alma yang Muda mengapa dia memberontak terhadap Gereja. Mosia 27:13–14 Bumi bergoncang ketika malaikat memberitahu Alma yang Muda untuk berhenti memusnahkan Gereja. Mosia 27:15–16 Alma yang Muda dan para putera Mosia jatuh ke bumi lagi. Mereka telah melihat seorang malaikat, dan mereka mengetahui kuasa Tuhan telah menggoncangkan bumi. Mosia 27:18 Alma yang Muda sangat kekaguman sehingga dia bisu. Dia menjadi lemah bahkan dia tidak dapat menggerakkan tangannya. Mosia 27:19 Para putera Mosia mengangkat Alma yang Muda kepada ayahnya dan menceritakan kepadanya segala yang telah terjadi kepada mereka. Mosia 27:19–20 Alma bersukacita. Dia tahu bahawa Tuhan telah menjawab doa-doanya. Mosia 27:20 Alma mengumpulkan banyak orang untuk menyaksikan apa yang telah Tuhan lakukan kepada puteranya dan para putera Mosia. Mosia 27:21 Alma, berserta para pemimpin Gereja yang lain, berpuasa dan berdoa dan meminta Tuhan untuk membantu Alma yang Muda untuk menjadi kuat semula. Mosia 27:22 Selepas dua hari dan dua malam, Alma yang Muda boleh berbicara dan bergerak. Mosia 27:23 Dia memberitahu kepada orang ramai bahawa dia telah bertaubat akan dosa-dosanya dan Tuhan telah mengampuni dia. Mosia 27:24 Dia mengajarkan semua orang harus menjadi soleh untuk memasuki kerajaan Tuhan. Dia juga menceritakan seksaan teramat yang dia alami kerana dosa-dosanya. Mosia 27:25–26, 29 Alma yang Muda bersukacita kerana dia telah bertaubat dan Tuhan telah mengampuni dia. Dia tahu Tuhan mengasihinya. Mosia 27:28 Alma yang Muda dan para putera Raja Mosia mula mengajarkan kebenaran di seluruh negeri, memberitakan kepada semua orang apa yang telah mereka lihat dan dengar. Mosia 27:32 Mereka cuba memperbaiki kerosakan yang telah mereka lakukan. Mereka menjelaskan tulisan suci kepada semua orang dan mengajar mereka tentang Yesus Kristus. Mosia 27:35 Tuhan memberkati Alma yang Muda dan para putera Mosia semasa mereka mengajarkan injil. Banyak orang yang mendengar kepada mereka dan percaya. Mosia 27:36