Scripture Stories
Bab 39: Nefi Menerima Kuasa Hebat


Bab 39

Nefi Menerima Kuasa Hebat

Imej
Nefi berfikir

Nefi berjalan pulang dan berfikir tentang apa yang Tuhan telah menunjukkan kepadanya mengenai kejahatan bangsa Nefi. Dia sedih kerana kejahatan mereka.

Imej
Nefi berdoa

Tuhan bercakap dengan Nefi dan memujinya kerana dia patuh dan bekerja dengan kuat untuk mengajar injil.

Imej
Nefi

Nefi diberi kuasa untuk melakukan apa-apa sahaja. Tuhan tahu bahawa dia akan menggunakan kuasa itu dengan soleh.

Imej
Nefi berjalan

Tuhan beritahu Nefi untuk memberi amaran kepada bangsa Nefi yang jika mereka tidak bertaubat, mereka akan dimusnahkan. Nefi dengan segera memberi amaran kepada orang ramai.

Imej
bangsa Nefi menyerang Nefi

Bangsa Nefi tidak percaya Nefi. Mereka cuba untuk membuang dia ke dalam penjara, tetapi kuasa Tuhan melindunginya.

Imej
Nefi berjalan pergi

Nefi mengisytiharkan firman Tuhan kepada semua bangsa Nefi.

Imej
Orang bergaduh

Tetapi orang ramai menjadi semakin jahat dan mula bergaduh dengan satu sama lain.

Imej
Nefi berdoa

Nefi mendoakan satu musim kebuluran, dia mengharapkan bahawa kekurangan makanan akan merendahkan hati bangsa Nefi dan menolong mereka bertaubat.

Imej
Manusia di tanah kering

Musim kebuluran tiba. Tidak ada hujan, jadi tanah menjadi kering dan tanaman tidak boleh tumbuh. Orang ramai berhenti bergaduh.

Imej
keluarga sedang berdoa

Bangsa Nefi lapar, dan ramai antara mereka meninggal dunia. Mereka yang hidup mula mengingati Tuhan dan apa yang diajar Nefi kepada mereka.

Imej
Orang bercakap dengan hakim-hakim

Orang ramai mula bertaubat akan dosa-dosa mereka dan memohon kepada hakim-hakim untuk meminta Nefi menamatkan musim kebuluran. Hakim-hakim pergi kepada Nefi.

Imej
Nefi berdoa

Apabila Nefi melihat bahawa orang ramai sudah menjadi rendah hati dan telah bertaubat, dia meminta Tuhan untuk menamatkan musim kebuluran.

Imej
orang ramai dalam hujan

Tuhan menjawab doa Nefi dan hujan mula turun. Tanaman bertumbuh semula. Orang ramai memuliakan Tuhan dan tahu bahawa Nefi ialah seorang nabi yang hebat.

Imej
Bangsa Nefi bekerja

Kebanyakan bangsa Nefi menyertai Gereja. Mereka menjadi kaya dan bandar mereka berkembang. Terdapat keamanan di seluruh tempat.

Imej
Bangsa Nefi menyerang bangsa Nefi

Kemudian segelintir bangsa Nefi yang dulu telah menyertai bangsa Laman menyerang bangsa Nefi.

Imej
pahlawan

Bangsa Nefi cuba untuk mengalahkan musuh mereka yang telah menjadi perompak Gadianton, tetapi mereka tidak berjaya sebab mereka telah menjadi jahat semula.

Imej
Bangsa Nefi mengangkat bakul

Bila bangsa Nefi soleh, Tuhan memberkati mereka. Apabila mereka sombong dan melupakan Tuhan, Dia memberikan mereka dugaan untuk menolong mereka mengingati-Nya.