Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 15: Alma Mengajar dan Membaptis


Bab 15

Alma Mengajar dan Membaptis

Alma menulis

Alma melarikan diri daripada orang suruhan Raja Nuh dan bersembunyi untuk beberapa hari. Sementara dia sedang bersembunyi, dia menulis apa yang telah nabi Abinadi ajarkan.

Alma mengajar orang lain

Alma telah bertaubat akan dosa-dosanya dan pergi kepada bangsa Nefi secara rahsia, mengajar mereka tentang pesanan Abinadi. Alma memberitahu rakyat itu untuk beriman kepada Yesus Kristus dan bertaubat.

Alma

Pada waktu siang hari Alma bersembunyi di rumpun pokok-pokok berdekatan sebatang perairan yang digelar Perairan Mormon.

Alma membaptis orang ramai

Mereka yang mempercayai ajaran-ajaran Alma pergi ke Perairan Mormon dan dibaptiskan. Alma telah membaptis 204 orang ke dalam Gereja Kristus.

Alma mentahbis imam-imam

Alma telah mentahbis imam-imam untuk mengajar rakyat itu. Dia memberitahu imam-imam untuk mengajarkan tentang pertaubatan dan iman kepada Yesus Kristus. Dia juga menyatakan mereka tidak seharusnya bertengkar tetapi bersatu.

para lelaki saling berkongsi

Rakyat Alma saling mengasihi dan melayani satu sama lain. Mereka berkongsi segalanya yang mereka miliki dan bersyukur kerana telah mempelajari tentang Yesus Kristus, Penebus mereka.

orang suruhan Nuh mengintip Alma

Orang suruhan Raja Nuh melihat Alma sedang mengajar orang ramai. Raja berkata Alma sedang cuba memalingkan bangsa Nefi daripadanya, oleh itu dia menghantar tentera-tentera untuk membunuh mereka.

Alma dan orang lain melarikan diri

Tuhan memberi amaran kepada Alma bahawa tentera-tentera Raja Nuh akan datang. Rakyat mengumpulkan keluarga mereka, haiwan-haiwan, serta barangan lain dan melarikan diri ke padang belantara.

tentera Raja Nuh

Tuhan memperkuatkan rakyat Alma agar mereka dapat melarikan diri daripada tentera-tentera Raja Nuh. Tentera-tentera mencari tetapi tidak menjumpai mereka.

rakyat sedang menanam

Setelah mengembara di padang belantara selama lapan hari, orang Alma tiba di sebuah kawasan indah yang mempunyai air tulen mengalir darinya. Di sini mereka menanam tanaman dan membina bangunan-bangunan.

Alma berbicara kepada orang ramai

Rakyat menginginkan Alma untuk menjadi raja mereka, tetapi Alma berkata Tuhan tidak ingin mereka untuk mempunyai seorang raja. Tuhan ingin mereka menjadi bebas.