Bab 49 Mormon dan Ajaran-Ajaran-Nya Beberapa tahun selepas Yesus Kristus mengunjungi bangsa Nefi, sekumpulan kecil orang meninggalkan Gereja dan mengelar diri mereka bangsa Laman. 4 Nefi 1:20 Akhirnya hampir semua orang menjadi jahat, kedua-dua bangsa Nefi dan bangsa Laman. 4 Nefi 1:45 Seorang lelaki soleh, Amaron, memiliki catatan-catatan kudus itu. Roh Kudus memerintahkan dia untuk menyembunyikan ia agar selamat. 4 Nefi 1:48–49 Amaron memberitahu Mormon, seorang budak yang berusia 10, di mana catatan-catatan itu disembunyikan. Amaron mempercayai Mormon. Mormon 1:2–3 Ketika dia berusia 24, Mormon mengambil kepingan-kepingan Nefi dan menulis tentang bangsanya. Mormon 1:3–4 Ketika Mormon berusia 11, sebuah perang terjadi di antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Bangsa Nefi menang, dan terdapat kedamaian kembali. Mormon 1:6, 8–12 Tetapi bangsa Nefi sangat jahat sehingga Tuhan mengambil tiga pengikut itu, dan menghentikan mukjizat-mukjizat dan penyembuhan. Roh Kudus tidak lagi membimbing bangsa itu. Mormon 1:13–14 Ketika Mormon berusia 15, Yesus Kristus mengunjungi dia. Mormon mempelajari lebih tentang Juruselamat dan kebaikan-Nya. Mormon 1:15 Mormon ingin mengkhutbahkan kepada orang ramai, tetapi Yesus memerintahkan dia untuk tidak berbuat sedemikian kerana bangsa itu sangat jahat. Hati mereka tertumpu untuk melawan Tuhan. Mormon 1:16–17 Kemudian satu lagi peperangan berlaku. Mormon bertubuh besar dan kuat, dan bangsa Nefi memilih dia untuk memimpin tentera-tentera mereka. Mormon 2:1 Bangsa Nefi telah bertahun-tahun berjuang melawan bangsa Laman. Mormon cuba menggalakkan bangsanya berjuang bagi keluarga dan kediaman mereka. Mormon 2:23 Bangsa Nefi menjadi sangat jahat, Tuhan tidak membantu mereka. Mormon 2:26 Mormon memberitahu bangsa Nefi bahawa mereka akan dibebaskan sekiranya mereka bertaubat dan dibaptis. Tetapi rakyat itu menolak. Mormon 3:2–3 Mereka bermegah dengan kekuatan mereka, mengatakan mereka akan membunuh semua bangsa Laman. Kerana kejahatan bangsa Nefi, Mormon menolak untuk memimpin mereka. Mormon 3:9–11 Bangsa Laman mula memenangi bangsa Nefi dalam setiap pertempuran. Mormon memutuskan untuk memimpin para tentera bangsa Nefi semula. Mormon 4:18; Mormon 5:1 Dia tahu bangsa Nefi yang jahat tidak akan memenangi perang tersebut. Mereka tidak ingin bertaubat mahupun berdoa untuk pertolongan yang mereka perlukan. Mormon 5:2 Mormon mengambil semua catatan-catatan dari bukit tempat Amaron telah menyembunyikan ia dan menulis kepada orang yang akan membaca catatan tersebut pada suatu hari nanti. Mormon 4:23; Mormon 5:9, 12 Dia menginginkan semua orang, termasuk orang Yahudi, untuk mengetahui tentang Yesus Kristus, bertaubat dan dibaptis, dan menjalankan injil serta diberkati. Mormon 5:14; Mormon 7:8, 10 Roh mengilhami Mormon untuk meletakkan kepingan-kepingan kecil Nefi, yang mengandungi nubuat-nubuat kedatangan Kristus, bersama kepingan-kepingan Mormon. Kata-Kata Mormon 1:3–7 Mormon memimpin bangsa Nefi ke tanah Kumora, di mana mereka bersedia untuk melawan bangsa Laman semula. Mormon 6:4 Mormon semakin lanjut usia. Dia mengetahui ini akan menjadi perlawanan yang terakhir. Dia tidak ingin bangsa Laman menjumpai catatan-catatan kudus dan memusnahkannya. Mormon 6:6 Dia memberikan kepingan-kepingan Mormon kepada anak lelakinya, Moroni, dan menyembunyikan kepingan-kepingan selebihnya di Bukit Kumora. Mormon 6:6 Bangsa Laman menyerang dan membunuh semua kecuali 24 orang bangsa Nefi. Mormon telah tercedera. Mormon 6:8–11 Mormon berduka kerana ramai bangsa Nefi yang meninggal, tetapi dia mengetahui mereka meninggal kerana mereka telah menolak Yesus. Mormon 6:16–18 Mormon telah cuba untuk mengajar bangsa Nefi tentang kebenaran. Dia menyatakan kepada mereka betapa penting untuk memiliki iman terhadap Yesus Kristus. Moroni 7:1, 33, 38 Dia telah cuba untuk mengajar mereka untuk memiliki harapan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan untuk memiliki kasih ihsan iaitu kasih suci Kristus. Moroni 7:40–41, 47 Dan Mormon telah menulis surat kepada anak lelakinya, Moroni, yang juga mengajarkan injil kepada bangsa Nefi. Moroni 8:1–2 Mormon menulis tentang kejahatan melampau bangsa Nefi. Dia memberitahu Moroni untuk kekal beriman kepada Yesus Kristus. Moroni 9:1, 20, 25 Bangsa Laman membunuh Mormon dan semua bangsa Nefi kecuali Moroni, dia yang melengkapkan catatan-catatan tersebut. Mormon 8:2–3