Bab 30
Alma Menasihati Anak-Anak Lelakinya
Alma beritahu Helaman, anak lelaki sulungnya, untuk mempercayai dalam Tuhan. Dia beritahu Helaman tentang malaikat yang Tuhan hantar untuk beritahu Alma untuk berhenti memusnahkan Gereja.
Untuk tiga hari Alma menderita kerana kesalahannya. Kemudian dia teringat ajaran bapanya tentang Yesus, dan dia tahu dosanya boleh diampunkan.
Alma berdoa untuk keampunan, dan kegembiraan menggantikan kesakitan dalam jiwanya. Dia diampunkan kerana dia mempunyai iman dalam Yesus Kristus dan telah bertaubat.
Sejak hari itu Alma telah mengajar orang lain injil supaya mereka juga boleh merasa kegembiraan yang sama seperti dia. Tuhan telah memberkati Alma kerana kepercayaan dia dalam Tuhan.
Alma memberi Helaman catatan kudus dan beritahu dia untuk teruskan menulis sejarah bangsanya.
Alma beritahu Helaman jika dia mentaati perintah-perintah, Tuhan akan memberkati dia dan menolong dia melindungi catatan-catatan itu.
Alma juga beritahu Helaman untuk berdoa setiap pagi dan malam dan bercakap dengan Tuhan tentang semua perkara yang dia lakukan supaya Tuhan boleh memberi panduan kepadanya.
Alma gembira dengan anak lelakinya Siblon, seorang penginjil berani kepada bangsa Zoram. Siblon kekal beriman walaupun mereka melontar batu kepada dia.
Alma mengingatkan Siblon bahawa satu-satunya jalan untuk diselamatkan adalah melalui Yesus Kristus. Alma kemudian menggalakkan anaknya untuk terus mengajar injil.
Anak lelaki Alma, Korianton tidak mentaati perintah-perintah. Dia bukan penginjil yang beriman semasa mengajar bangsa Zoram.
Disebabkan apa yang Korianton lakukan, bangsa Zoram tidak akan percaya ajaran-ajaran Alma.
Alma beritahu Korianton bahawa orang ramai tidak boleh menyembunyi dosa mereka daripada Tuhan dan Korianton perlu bertaubat.
Alma beritahu anaknya bahawa semua orang akan dibangkitkan tetapi hanya yang soleh akan tinggal dengan Tuhan.
Kehidupan ini ialah masa untuk bertaubat dan melayani Tuhan, kata Alma.
Mengingatkan Korianton bahawa dia telah dipanggil sebagai seorang penginjil, Alma beritahu dia untuk pergi semula kepada bangsa Zoram dan mengajar mereka untuk bertaubat.
Alma dan anak-anak lelakinya terus sambung mengajar injil. Mereka mengajar dengan kuasa imamat.