Bab 14 Abinadi dan Raja Nuh Zenif merupakan raja bangsa Nefi yang soleh. Ketika dia meningkat usia, puteranya Nuh menjadi raja. Mosia 11:1 Nuh bukanlah seorang raja yang baik seperti ayahnya. Dia jahat dan tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mosia 11:2 Dia memaksa rakyatnya memberi dia sebahagian daripada gandum, ternakan, emas dan perak mereka. Mosia 11:3 Raja Nuh melakukan ini kerana kemalasannya. Dia memaksa bangsa Nefi untuk memberikannya segala yang dia perlukan untuk hidup. Mosia 11:4 Dia menggantikan imam-imam baik yang dipanggil oleh ayahnya dengan imam-imam jahat. Imam-imam jahat ini mengajarkan orang ramai untuk berbuat dosa. Mosia 11:5–7 Raja Nuh memiliki banyak bangunan-bangunan yang indah, termasuk sebuah istana yang bertakhta. Bangunan-bangunan tersebut dihiasi oleh emas, perak, dan kayu-kayu yang mahal. Mosia 11:8–11 Raja Nuh menyukai kekayaan yang dia peroleh daripada rakyatnya. Dia dan imam-imamnya menghabiskan masa mereka dengan meminum wain dan menjadi jahat. Mosia 11:14–15 Tuhan mengutus seorang nabi bernama Abinadi kepada rakyat Nuh. Abinadi memberi amaran kepada mereka sekiranya mereka tidak bertaubat, mereka akan menjadi hamba kepada bangsa Laman. Mosia 11:20–22 Ketika Raja Nuh terdengar apa yang dikatakan oleh Abinadi, dia menjadi marah. Dia menghantar orang-orangnya untuk membawa Abinadi ke istana agar dia boleh membunuhnya. Mosia 11:27–28 Abinadi dibawa kepada raja. Raja Nuh dan imam-imamnya menanyakan banyak soalan kepada dia. Mereka cuba untuk menjerat dia untuk berkata sesuatu yang salah. Mosia 12:18–19 Abinadi tidak takut untuk menjawab pertanyaan mereka. Dia tahu Tuhan akan membantunya. Para imam terpegun terhadap jawapan-jawapan Abinadi. Mosia 12:19 Raja Nuh menjadi marah dan mengarahkan imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Abinadi berkata sekiranya mereka menyentuh dia, Tuhan akan membunuh mereka. Mosia 13:1–3 Roh Kudus melindungi Abinadi agar dia dapat menghabiskan kata-kata yang Tuhan ingin dia ucapkan. wajah Abinadi bersinar. Para imam takut untuk menyentuh dia. Mosia 13:3, 5 Berbicara dengan kuasa Tuhan, Abinadi memberitahu mereka tentang kejahatan mereka. Dia membacakan perintah-perintah Tuhan kepada mereka. Mosia 13:6–7, 11–24 Dia memberitahu mereka Yesus Kristus akan dilahirkan di bumi. Yesus akan memungkinkan orang ramai untuk bertaubat, dibangkitkan, dan hidup bersama Tuhan. Mosia 13:33–35; Mosia 15:21–23 Abinadi memberitahu orang ramai untuk bertaubat dan percaya kepada Yesus Kristus atau mereka tidak akan diselamatkan. Mosia 16:13 Raja Nuh dan semua imamnya kecuali seorang menolak untuk percaya kepada Abinadi. Nuh mengarah imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Mereka mengikatnya dan melemparkannya ke dalam penjara. Mosia 17:1, 5 Imam yang mempercayai Abinadi bernama Alma. Dia meminta Raja Nuh untuk melepaskan Abinadi. Mosia 17:2 Raja marah terhadap Alma dan telah mengusirnya. Kemudian dia mengutus orang-orang suruhannya untuk membunuh dia. Alma melarikan diri dan bersembunyi, dan orang-orang suruhan tidak menjumpainya. Mosia 17:3–4 Selepas tiga hari berada dalam penjara, Abinadi dibawa semula ke hadapan Raja Nuh. Raja memberitahu Abinadi untuk menarik semula kata-katanya terhadap dia dan orang-orangnya. Mosia 17:6, 8 Raja Nuh memberitahu Abinadi sekiranya dia tidak menafikan segala yang dia telah katakan, dia akan dibunuh. Mosia 17:8 Abinadi mengetahui dia telah membicarakan tentang kebenaran. Dia rela untuk mati daripada menarik kembali apa yang Tuhan utusnya untuk bicarakan. Mosia 17:9–10 Raja Nuh mengarahkan imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Mereka mengikatnya, menyebatnya, dan membakarnya sehingga mati. Sebelum dia meninggal, Abinadi berkata Raja Nuh juga akan mati oleh api. Mosia 17:13–15 Sesetengah bangsa Nefi menentang Raja Nuh dan cuba untuk membunuhnya. Tentera bangsa Laman juga datang untuk melawan raja dan pengikutnya. Mosia 19:2–7 Raja dan pengikutnya melarikan diri dari bangsa Laman, tetapi bangsa Laman mengejar dan mulai untuk membunuh mereka. Raja memerintah orang-orangnya untuk meninggalkan keluarga mereka dan terus melarikan diri. Mosia 19:9–11 Banyak lelaki yang tidak mahu melarikan diri. Mereka ditangkap oleh bangsa Laman. Mosia 19:12, 15 Kebanyakan lelaki yang melarikan diri bersama Raja Nuh merasa bersalah. Mereka ingin kembali dan membantu isteri dan anak-anak serta orang-orang mereka. Mosia 19:19 Raja Nuh tidak ingin para lelaki itu untuk kembali kepada keluarga mereka. Dia mengarah mereka untuk tinggal bersamanya. Mosia 19:20 Para lelaki itu marah terhadap Raja Nuh. Mereka membakarnya sehingga mati, seperti yang dinubuat oleh Abinadi. Kemudian mereka kembali kepada keluarga mereka. Mosia 19:20, 24