Bab 24 Amon Bertemu Dengan Ayah Raja Lamoni Raja Lamoni mahu membawa Amon untuk bertemu dengan ayahnya. Tuhan memberi amaran kepada Amon supaya tidak pergi kerana ayah Lamoni akan cuba membunuh dia. Alma 20:1–2 Tuhan menyuruh Amon untuk pergi ke negeri Midoni, di mana saudaranya Harun berada di penjara. Raja Lamoni pergi bersama Amon. Alma 20:2–4 Dalam perjalanan mereka bertemu dengan ayah Raja Lamoni, iaitu raja atas seluruh negeri. Dia menanya Lamoni ke mana dia pergi bersama seorang pendusta orang Nefi. Alma 20:8, 10 Raja Lamoni memberitahu ayahnya tentang Amon dan saudaranya yang berada di penjara. Dengan marah, ayah Lamoni memerintah Lamoni untuk membunuh Amon dan tidak pergi ke Midoni. Alma 20:11–14 Lamoni enggan membunuh Amon dan berkata dia dan Amon akan membebaskan Harun. Ayah Lamoni menjadi lebih marah dan menghunus pedangnya untuk membunuh Lamoni. Alma 20:15–16 Amon mara ke hadapan dan melindungi Lamoni. Kemudian ayah Lamoni cuba membunuh Amon, tetapi dia mempertahankan diri dan mencederakan lengan ayah Lamoni. Alma 20:17, 20 Ketika ayah Lamoni melihat bahawa Amon dapat membunuhnya, dia menawar setengah kerajaannya jika dia membiarkannya hidup. Alma 20:21, 23 Amon berkata dia inginkan Harun dan rakan-rakannya dibebaskan dari penjara dan mahu Lamoni terus memerintah kerajaan dia. Alma 20:22, 24. Ayah Lamoni sedar bahawa Amon tidak mahu mencederakan dia. Dia kagum pada kasih Amon kepada puteranya. Dia menjemput Amon untuk mengajarnya injil. Alma 20:26–27 Amon dan Raja Lamoni pergi ke Midoni. Lamoni berbicara dengan raja di situ, dan Harum bersama rakan-rakannya dilepaskan dari penjara. Alma 20:28 Amon sedih melihat bagaimana mereka diperlakukan. Mereka telah menderita banyak tetapi telah bersabar. Alma 20:29