Bab 10 Yakub dan Serem Sebelum Nefi mati, dia memberikan kepingan-kepingan yang ditulisnya kepada saudara kecilnya Yakub. Yakub seorang yang soleh. Yakub 1:1–2, 8 Nefi memberitahu Yakub untuk menulis hal-hal yang akan membantu bangsanya percaya kepada Yesus Kristus. Yakub 1:4–6 Nefi berikan Yakub kuasa untuk menjadi seorang imam dalam Gereja dan mengajar bangsa Nefi firman Tuhan. Yakub 1:18. Selepas Nefi mati, kebanyakan bangsa Nefi menjadi jahat. Yakub mengajar bangsanya dan menyuruh mereka untuk bertaubat akan hal-hal jahat yang mereka sedang lakukan. Yakub 1:15–17 Seorang yang jahat bernama Serem pergi di kalangan bangsa Nefi, mengajar mereka untuk tidak percaya kepada Yesus Kristus. Yakub 7:1–2 Serem memberitahu orang ramai bahawa tidak akan ada Kristus. Banyak orang percaya Serem. Yakub 7:2–3 Yakub mengajar orang ramai untuk percaya kepada Kristus. Serem berdebat dengan Yakub dan memujuknya bahawa tidak akan ada Kristus. Yakub 7:6 Iman Yakub kepada Yesus Kristus tidak dapat digoncangkan. Dia telah melihat para malaikat dan telah dengar suara Tuhan. Dia tahu Yesus akan datang. Yakub 7:5 Roh Kudus bersama dengan Yakub semasa dia memberi kesaksian tentang Yesus Kristus kepada Serem. Yakub 7:8–12 Serem minta untuk melihat suatu tanda. Dia mahu Yakub untuk membuktikan adanya seorang Tuhan. Dia mahu melihat suatu mukjizat. Yakub 7:13 Yakub tidak akan meminta Tuhan untuk suatu tanda. Dia berkata bahawa Serem sudah tahu apa yang Yakub ajar adalah benar. Yakub 7:14 Yakub berkata jika Tuhan mendera Sherem, itulah suatu tanda kuasa Tuhan. Yakub 7:14 Serem jatuh dengan segera. Dia sudah banyak hari tidak dapat berdiri. Yakub 7:15 Serem sudah lemah dan tahu dia akan mati. Dia memanggil orang ramai. Yakub 7:16 Dia memberitahu mereka bahawa dia telah berbohong. Dia berkata mereka harus percaya kepada Kristus. Yakub 7:17–19 Selepas Serem mengahiri pembicaraan kepada orang ramai, dia mati. Orang ramai dapat merasa kuasa Tuhan dan mereka jatuh ke tanah. Yakub 7:20–21 Orang ramai mula bertaubat dan membaca tulisan suci. Mereka hidup dengan damai dan kasih. Yakub bergembira dan tahu bahawa Tuhan telah menjawab doanya. Yakub 7:22–23