Bab 44 Yesus Kristus Memberkati Anak-Anak Kecil Yesus Kristus memerintah bangsa Nefi untuk membawa anak-anak kecil kepada Dia. Anak-anak kecil duduk di atas tanah dekat dengan Yesus. 3 Nefi 17:11–12 Juruselamat memerintah orang ramai untuk berlutut. Kemudian Dia berlutut dan berdoa kepada Bapa Syurgawi. 3 Nefi 17:13, 15 Doa Juruselamat sungguh menakjubkan sehingga ia tidak dapat dituliskan. Ia memenuhi bangsa Nefi dengan sukacita. 3 Nefi 17:15–17 Selepas doa-Nya Yesus berkata bangsa Nefi akan diberkati kerana iman mereka. 3 Nefi 17:20 Dia merasakan kasih dan kebahagiaan yang besar sehingga Dia menangis. 3 Nefi 17:21 Kemudian Dia mengambil anak-anak kecil tersebut dan memberkati setiap satu. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk mereka dan menangis lagi. 3 Nefi 17:21–22 Yesus memerintahkan bangsa Nefi untuk melihat anak-anak kecil mereka. 3 Nefi 17:23 Ketika orang ramai memandang, para malaikat turun dari syurga dan mengelilingi anak-anak kecil tersebut. Anak-anak kecil dan para malaikat dikelilingi oleh api. 3 Nefi 17:24