Bab 43 Yesus Kristus Menampakkan Diri kepada Bangsa Nefi Ramai bangsa Nefi berkumpul di bait suci di negeri Kelimpahan. Mereka takjub terhadap perubahan besar di negeri tersebut. 3 Nefi 11:1 Orang ramai sedang berbicara tentang Yesus Kristus dan tanda kematian-Nya. 3 Nefi 11:2 Semasa mereka sedang berbicara, mereka terdengar suara yang datang dari syurga. Ia membuat hati mereka membara. 3 Nefi 11:3 Pada mulanya mereka tidak memahami suara tersebut, tetapi ketika ia berbicara pada kali ketiga, mereka memahaminya. 3 Nefi 11:4–6 Suara tersebut ialah suara Bapa Syurgawi. Ia memperkenalkan Yesus Kristus dan memerintah orang ramai untuk mendengar kepada Dia. 3 Nefi 11:7 Yesus Kristus turun dari syurga dan berdiri di tengah-tengah orang ramai. Mereka tidak berani untuk berbicara kerana mereka tidak memahami apa yang sedang terjadi. Mereka menyangka Yesus ialah seorang malaikat. 3 Nefi 11:8 Dia memfirmankan kepada mereka bahawa Dia ialah Yesus Kristus, yang telah para nabi bersaksi akan datang. 3 Nefi 11:10 Yesus memerintahkan orang ramai untuk datang dan merasa bekas-bekas paku di sisi-Nya dan di tangan dan kaki-Nya, di mana Dia telah dipaku di atas kayu salib. 3 Nefi 11:14 Yesus menginginkan orang ramai untuk mengetahui Dia ialah Tuhan mereka dan bahawa Dia telah mati untuk dosa-dosa mereka. 3 Nefi 11:14 Satu per satu orang ramai merasakan bekas-bekas di sisi, tangan, dan kaki Yesus. Orang ramai mengetahui bahawa Dia ialah Juruselamat. 3 Nefi 11:15 Kemudian orang ramai memuji Yesus dan jatuh di atas kaki-Nya dan menyembah-Nya. 3 Nefi 11:17 Yesus memanggil Nefi dan 11 lelaki yang lain kepada Dia. Dia memberikan mereka kuasa imamat dan mengajar mereka cara yang benar untuk membaptis. 3 Nefi 11:18, 21–26; 3 Nefi 12:1 Dia memerintahkan bangsa Nefi untuk percaya kepada Dia, bertaubat, dan mematuhi perintah-perintah. Sekiranya mereka tidak melakukan, mereka tidak dapat masuk ke dalam kerajaan-Nya. 3 Nefi 12:19–20 Dia mengajar bangsa Nefi cara untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi. Dia juga mengajar mereka tentang puasa dan berfirman bahawa mereka akan diampuni sekiranya mereka mengampuni satu sama lain. 3 Nefi 13:6–18 Setelah mengajar orang ramai banyak hal, Yesus memerintahkan mereka untuk balik ke rumah dan berfikir dan berdoa tentang apa yang telah Dia firmankan. 3 Nefi 17:1–3 Bangsa Nefi mula menangis. Mereka tidak ingin Yesus pergi. 3 Nefi 17:5 Yesus mengasihi bangsa Nefi. Dia memerintahkan mereka untuk membawa orang-orang yang sakit atau luka kepada-Nya agar Dia dapat menyembuhkan mereka. 3 Nefi 17:7 Yesus telah menyembuhkan orang-orang tersebut. Semua orang membongkokkan diri dan menyembah Dia. 3 Nefi 17:9–10