Bab 35 Panglima Moroni dan Pahoran Panglima Moroni gembira mendengar bahawa Helaman dan tenteranya telah mengambil kembali banyak negeri Nefi dari bangsa Laman. Alma 59:1 Tetapi Helaman dan tenteranya memerlukan pertolongan. Mereka tidak mempunyai tentera yang mencukupi untuk mempertahankan kota yang begitu banyak. Alma 58:32 Panglima Moroni menulis surat kepada Pahoran, hakim utama dan pentadbir negeri. Dia meminta Pahoran menghantar lebih banyak askar-askar untuk membantu angkatan tentera Helaman. Alma 59:3 Bangsa Laman menyerang sebuah kota bangsa Nefi yang Helaman telah ambil kembali. Mereka membunuh ramai bangsa Nefi dan menghalau yang lain dari kota. Alma 59:5–8 Marah dengan pemimpin kerajaan kerana mereka tidak menghantar bantuan, Moroni menulis satu lagi surat kepada Pahoran. Alma 59:13; Alma 60:1 Panglima Moroni menulis dalam suratnya yang banyak orang telah terbunuh kerana Pahoran tidak menghantar lebih banyak askar. Alma 60:5 Sekiranya Pahoran tidak cepat menghantar orang dan makanan, Moroni akan membawa tenteranya ke Zarahemla dan mengambil apa yang diperlukan oleh tenteranya. Alma 60:34–35 Tidak lama kemudian Moroni menerima surat daripada Pahoran. Dia sangat sedih kerana Moroni dan pasukan tenteranya sedang menderita. Alma 61:1–2 Pahoran memberitahu Moroni bahawa sekumpulan bangsa Nefi yang jahat dipanggil penyokong-penyokong raja tidak mahu dia menjadi hakim utama. Mereka telah menghalau dia dan penyokongnya keluar dari Zarahemna. Alma 61:3–5 Pahoran juga memberitahu yang dia sedang mengumpul tentera untuk cuba mendapatkan Zarahemna kembali. Alma 61:6–7 Penyokong-penyokong raja telah memilih seorang raja untuk menjadi pemimpin mereka dan telah bergabung dengan bangsa Laman. Alma 61:8 Pahoran tidak marah dengan apa yang ditulis oleh Moroni. Dia juga mahu bangsa Nefi bebas. Alma 61:9 Dia meminta Moroni membawa beberapa orang untuk membantunya dan berkata bahawa jika Moroni mengumpulkan lebih ramai orang di sepanjang jalan, pasukan tentera yang digabungkan dapat mengambil Zarahemna kembali. Alma 61:15–18 Panglima Moroni gembira kerana Pahoran masih setia kepada negaranya dan masih mahu kebebasan untuk rakyatnya. Alma 62:1 Dengan beberapa orangnya, Moroni pergi berjumpa dengan Pahoran. Dia membawa panji kemerdekaan, dan ribuan orang menyertai mereka di sepanjang jalan. Alma 62:3–5 Pasukan tentera gabungan Moroni dan Pahoran berkawat melawan Zarahemna. Mereka membunuh raja bangsa Nefi yang jahat dan menangkap orang-orangnya. Alma 62:7–8 Moroni kemudiannya menghantar makanan dan 12,000 tentera untuk membantu pasukan bangsa Nefi. Tentera-tentera ini mengusir bangsa Laman, dan sekali lagi ada kedamaian di negeri itu. Alma 62:12–13, 38–42