Bab 52 Kemusnahan Bangsa Yared Bangsa Yared bertumbuh dalam bilangan dan menjadi kaya. Mereka memilih seorang raja untuk menjadi pemimipin mereka. Eter 6:18, 22, 27–28 Banyak tahun sudah lalu,dan bangsa Yared menjadi jahat. Tuhan mengutus para nabi untuk memberitahu mereka untuk bertaubat atau mereka akan dimusnahkan. Eter 11:1 Rakyat tidak mendengar para nabi. Mereka cuba membunuh mereka. Eter 11:2 Terdapat peperangan dan kebuluran di negeri. Banyak bangsa Yared mati. Eter 11:7 Tuhan mengutus lagi seorang nabi bernama Eter. Dia berkhutbah sejak pagi hingga malam, memberitahu bangsa Yared untuk percaya kepada Tuhan dan bertaubat. Eter 12:2–3 Eter memberitahu bangsa Yared bahawa sekiranya mereka percayai Tuhan, mereka akan hidup dengan Bapa Syurgawi dalam dunia yang lebih baik pada satu hari nanti. Eter 12:4 Eter memberitahu bangsa Yared banyak hal-hal yang penting, namun mereka tidak percaya dia. Mereka menghalau dia keluar dari kota itu. Eter 12:5; Eter 13:13 Eter sembunyi di dalam sebuah gua semasa siang hari supaya dia akan dibunuh. Pada waktu malam, dia keluar dan melihat apa terjadi kepada bangsa Yared. Eter 13:13–14 Dia habis menulis sejarah bangsa Yared ketika dia bersembunyi. Eter 13:14 Tuhan mengutus Eter ke Koriantumr, seorang raja bangsa Yared yang jahat. Eter menyuruh dia untuk bertaubat atau dia akan hidup untuk melihat semua bangsanya dibunuh. Eter 13:16–17, 20–21 Koriantumr dan orang-orangnya tidak bertaubat. Dia cuba membunuh Eter, tetapi Eter lari dan sembunyi di dalam gua. Eter 13:22 Orang-orangnya amat jahat sehingga Tuhan mengutuk negeri itu. Mereka tidak boleh meletakkan peralatan atau pedang mereka ke mana-mana kerana pada hari keesokannya, benda-benda itu akan hilang. Eter 14:1 Semua bangsa Yared bertempur dalam peperangan, termasuk para wanita dan kanak-kanak. Koriantumr memimpin satu angkatan dan seorang bernama Shiz memimpin yang lain. Eter 14:19–20; Eter 15:15 Kedua-dua Koriantumr dan Shiz ialah orang yang jahat. Roh Kudus telah meninggalkan bangsa Yared kerana kejahatan mereka. Setan memiliki kuasa yang penuh ke atas mereka. Eter 15:19 Bangsa Yared bertempur sehingga Koriantumr dan Shiz ialah orang-orang terakhir. Apabila Shiz telah jatuh pengsan kerana kehilangan darah, Koriantumr memenggal kepala dia. Eter 15:29–30 Nubuat Eter telah digenapi, Koriantumr ialah bangsa Yared terakhir yang hidup. Dia ditemukan oleh bangsa Zarahemla. Omni 1:21 Eter habis menulis sejarah bangsa Yared. Mereka telah dimusnahkan kerana kejahatan mereka. Catatan bangsa Yared kemudian ditemui oleh bangsa Nefi. Eter 15:33