Bab 20 Alma dan Nehor Sebelum Raja Mosia meninggal dunia, bangsa Nefi memilih hakim-hakim untuk memimpin mereka. Alma yang Muda menjadi hakim utama yang pertama. Dia juga pemimpin Gereja. Mosia 29:41–42 Seorang lelaki besar dan kuat bernama Nehor mula mengajar penipuan. Dia berkata semua orang akan diselamatkan tidak kira baik atau jahat. Banyak orang percaya Nehor. Alma 1:2–5 Nehor mengkhutbah menentang Gereja Tuhan, tetapi seorang lelaki soleh bernama Gideon mempertahankan Gereja. Nehor bertengkar dengan Gideon, tetapi Gideon bercakap dengan firman Tuhan. Alma 1:7–8 Nehor menjadi marah dan menarik pedangnya dan membunuh Gideon. Alma 1:9 Nehor dibawa ke Alma untuk dihakimi. Nehor dengan berani mempertahankan dirinya. Alma 1:10–11 Tetapi Alma berkata bahawa Nehor bersalah kerana dia mengajar orang ramai untuk menjadi jahat dan juga membunuh Gideon. Alma 1:12–13 Alma berkata bahawa Nehor harus dihukum kerana membunuh Gideon. Mengikut undang-undang, Nehor harus mati. Alma 1:14 Nehor dibawa ke bukit yang berdekatan dan dibunuh. Sebelum dia mati dia berkata bahawa semua yang dia ajar adalah salah. Tetapi ramai orang masih percaya ajaran jahat Nehor. Alma 1:15–16 Orang ini menyayangi kekayaan dan tidak mahu patuh pada perintah Tuhan. Mereka mempertawakan ahli Gereja, bertelingkah dan bergaduh dengan mereka. Alma 1:16, 19–20, 22 Orang ramai yang soleh terus mematuhi pada perintah dan tidak mengadu walaupun pengikut Nehor menyakiti mereka. Alma 1:25 Ahli Gereja berkongsi semua yang mereka ada dengan yang miskin, dan mereka menjaga yang sakit. Mereka mematuhi perintah, dan Tuhan memberkati mereka. Alma 1:27, 31