Bab 17 Alma dan Rakyatnya Melarikan Diri Suatu hari ketika orang Alma sedang bekerja di ladang mereka, pasukan tentera bangsa Laman melintasi sempadan negeri mereka. Mosia 23:25 Bangsa Nefi ketakutan dan berlari ke kota untuk keselamatan. Alma memberitahu mereka untuk mengingati Tuhan dan dia akan membantu mereka. Bangsa Nefi mula berdoa. Mosia 23:26–28 Tuhan melembutkan hati bangsa Laman, dan mereka tidak mengapa-apakan bangsa Nefi. Bangsa Laman telah sesat semasa cuba mencari rakyat raja Limhi. Mosia 23:29–30 Bangsa Laman berjanji kepada Alma bahawa mereka tidak akan mengganggu rakyatnya jika dia memberitahu mereka bagaimana untuk kembali ke negeri mereka. Alma menunjukkan kepada mereka jalan pulang. Mosia 23:36 Tetapi bangsa Laman tidak menepati janji mereka. Mereka meletakkan pengawal di sekitar negeri, dan Alma dan rakyatnya tidak lagi bebas. Mosia 23:37 Raja Laman menjadikan Amulon seorang raja kepada rakyat Alma. Amulon pernah menjadi bangsa Nefi dan seorang imam jahat Raja Nuh. Mosia 23:39; Mosia 24:8–9 Amulon membuat rakyat Alma bekerja keras. Mereka berdoa untuk mendapatkan bantuan, tetapi Amulon berkata sesiapa yang ditangkap berdoa akan dibunuh. Mereka terus berdoa di dalam hati mereka. Mosia 24:10–12 Tuhan mendengar doa mereka dan menguatkan mereka supaya kerja mereka berasa lebih ringan. Mereka ceria dan sabar. Mosia 24:14–15 Tuhan gembira kerana rakyat Alma penuh iman. Dia memberitahu Alma bahawa dia akan membantu mereka melarikan diri daripada bangsa Laman. Mosia 24:16–17 Pada waktu malam orang ramai mengumpul makanan dan kawanan ternakan mereka. Keesokan harinya Tuhan membuat bangsa Laman tidur sementara Alma dan rakyatnya meninggalkan kota. Mosia 24:18–20 Setelah mengembara selama 12 hari, mereka tiba di Zarahemna, di mana Raja Mosia dan rakyatnya menyambut mereka. Mosia 24:25