Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 47: Yesus Kristus Memberkati Para Pengikut-Nya


Bab 47

Yesus Kristus Memberkati Para Pengikut-Nya

Yesus bersama para pengikut-Nya

Pada satu hari apabila para pengikut berdoa dan berpuasa bersama, Yesus Kristus datang kepada mereka.

Kristus bercakap dengan para pengikut-Nya

Pengikut-Nya tanya nama apa yang harus diberi kepada Gereja-Nya. Yesus berkata bahawa Gereja harus dinamakan menggunakan nama-Nya kerana itu ialah Gereja Dia.

Yesus bercakap dengan para pengikut-Nya

Yesus menerangkan kepada para pengikut-Nya bahawa Bapa Syurgawi menghantar-Nya ke dunia untuk memberi hidup-Nya kepada semua bangsa.

Kristus bercakap dengan para pengikut-Nya

Dia berkata bahawa semua yang bertaubat, di baptis dalam nama-nya, dan mematuhi perintah-Nya akan dipegang tidak bersalah di hadapan Bapa Syurgawi.

Kristus bercakap dengan para pengikut-Nya

Juruselamat beritahu para pengikut-Nya untuk melakukan perkara yang mereka lihat Dia lakukan. Dia telah menetapkan contoh bagi mereka.

Kristus bercakap tentang ayat suci

Dia juga beritahu mereka untuk menulis apa yang mereka telah lihat dan dengar supaya orang lain boleh mengetahuinya.

Kristus dengan para pengikut-Nya

Yesus tanya para pengikut-Nya apa yang mereka mahu daripada Dia. Sembilan daripada mereka ingin bersama-Nya selepas hidup mereka di dunia berakhir.

Yesus bersama para pengikut-Nya

Yesus berjanji apabila mereka berumur 72 tahun, mereka akan pergi kepada Dia di dalam syurga.

Yesus bersama tiga pengikut-Nya

Tiga lagi pengikut tidak berani menanya apa yang mereka mahu, tetapi Yesus tahu. Mereka ingin untuk tinggal di dunia dan mengajar injil sehingga Yesus datang semula.

Juruselamat dengan para pengikut-Nya

Juruselamat berjanji bahawa mereka tidak akan merasa kesakitan atau kesedihan dan tidak akan mati. Mereka akan mengajar injil sehingga Dia kembali.

Yesus bertolak

Yesus menyentuh setiap para pengikut-Nya kecuali tiga yang akan tinggal di bumi. Selepas itu dia pergi.

Tiga pengikut diangkat ke syurga

Tiga pengikut diangkat ke syurga, di mana mereka melihat dan mendengar banyak perkara yang mengagumkan. Mereka memahami dengan lebih perkara Tuhan.

Tiga Pengikut

Badan mereka ditukarkan supaya mereka tidak akan mati.

Pengikut membaptis orang lain

Tiga pengikut pulang ke dunia dan mula mengkhutbah dan membaptis.

Tiga pengikut dalam lubang dalam

Bangsa Nefi yang jahat membuang tiga pengikut ke dalam penjara dan dalam lubang dalam, tetapi kuasa Tuhan menolong mereka melarikan diri.

Pengikut ditolak ke dalam relau

Apabila mereka di tolak ke dalam relau dan sarang haiwan liar, mereka dilindungi oleh kuasa Tuhan.

Tiga pengikut mengajar kepada orang ramai

Tiga pengikut meneruskan untuk mengajar injil Yesus Kristus kepada bangsa Nefi. Mereka masih mengajar injil-Nya.