Bab 23 Amon: Orang Suruhan yang Baik Empat putera Mosia meninggalkan Zarahemla untuk mengajar injil kepada bangsa Laman. Setiap putera pergi ke kota yang berbeza. Alma 17:12–13 Amon pergi ke negeri Ismael. Ketika dia memasuki kota itu, bangsa Laman mengikatnya dan membawanya kepada raja mereka, Lamoni. Alma 17:20–21 Amon memberitahu Raja Lamoni bahawa dia ingin hidup di kalangan bangsa Laman. Lamoni berpuas hati dan mengarah orangnya melepaskan ikatan Amon. Alma 17:22–24 Amon berkata dia akan menjadi orang suruhan raja. Raja menghantar dia untuk menjaga kawanan ternaknya. Alma 17:25 Pada suatu hari, ketika Amon dan beberapa orang suruhan lain membawa kawanan ternak untuk memberi air, para perompak bangsa Laman mencerai-beraikan binatang-binatang dan cuba mencuri mereka. Alma 17:26–27; Alma 18:7 Para orang suruhan bersama dengan Amon takut. Raja Lamoni telah bunuh orang suruhan lainnya yang hilang binatang-binatang kepada para perompak ini. Alma 17:28 Amon mengetahui inilah peluangnya untuk menggunakan kuasa Tuhan untuk memenangi hati bangsa Laman. Kemudian mereka akan mendengar ajaran-ajarannya. Alma 17:29 Amon memberitahu para orang suruhan bahawa jika mereka mengembalikan binatang-binatang tercerai-berai itu, raja tidak akan membunuh mereka. Alma 17:31 Ammon dan para orang suruhan lain menemui binatang-binatang dengan pantas dan membawanya ke tempat air. Alma 17:32 Para perompak bangsa Laman kembali. Amon menyuruh para orang suruhan lain untuk melindungi kawanan ternak sambil dia melawan para perompak. Alma 17:33 Para perompak bangsa Laman tidak takut menentang Amon. Mereka mengira mereka dapat membunuhnya dengan mudah. Alma 17:35 Kuasa Tuhan bersama Amon. Dia memukul dan membunuh beberapa perompak dengan batu-batu, yang membuat para perompak amat marah. Alma 17:35–36 Mereka cuba membunuh Amon dengan gada mereka, tetapi setiap kali seorang perompak cuba memukul Ammon, dia memenggalkan lengan perompak. Dalam ketakutan, para perompak melarikan diri. Alma 17:36–38 Para orang suruhan mengambil lengan-lengan yang dipenggal kepada Raja Lamoni dan memberitahunya apa yang Amon telah lakukan. Alma 17:39; Alma 18:1 Raja itu tercengang pada kekuatan Amon yang hebat. Dia ingin melihat Amon tetapi berasa takut kerana dia fikirkan Amon ialah Roh Agung. Alma 18:2–4, 11 Apabila Amon pergi menghadapinya, Raja Lamoni tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia tidak bercakap selama satu jam. Alma 18:14 Roh Kudus membantu Amon ketahui apa yang difikirkan oleh raja. Amon menjelas bahawa dia bukan Roh Agung itu. Dia seorang manusia. Alma 18:16–19 Raja menawar Amon apa pun yang dia inginkan sekiranya dia memberitahunya apakah kuasa yang dia gunakan untuk menewaskan para perompak dan ketahui fikiran raja? Alma 18:20–21 Amon hanya berkata apa yang dia inginkan adalah untuk Raja Lamoni percaya kata-katanya. Raja berkata dia akan percaya segala yang diberitahu oleh Amon. Alma 18:22–23 Amon menanya Raja Lamoni jika dia percaya dalam Tuhan. Raja berkata dia percaya pada suatu Roh Agung. Alma 18:24–27 Amon berkata bahawa Roh Agung ialah Tuhan, bahawa Dia mencipta segala di syurga dan di bumi, dan Dia mengetahui fikiran manusia. Alma 18:28–32 Amon berkata manusia dicipta menurut rupa Tuhan. Dia juga berkata Tuhan telah memanggilnya untuk mengajar injil kepada Lamoni dan rakyatnya. Alma 18:34–35 Dengan menggunakan tulisan suci, Amon mengajar Raja Lamoni tentang Penciptaan, Adam dan Yesus Kristus. Alma 18:36, 39 Raja Lamoni percaya Amon dan berdoa agar dosa-dosanya diampuni. Kemudian dia jatuh ke tanah dan kelihatan telah mati. Alma 18:40–42 Para orang suruhan mengangkat raja kepada isterinya dan membaringkan di atas katil. Selepas dua hari, para orang suruhan berfikir dia sudah mati dan memutus untuk mengubur dia. Alma 18:43; Alma 19:1 Permaisuri tidak percaya bahawa suaminya telah mati. Setelah mendengar kekuatan hebat Amon, dia meminta Amon untuk menolong raja. Alma 19:2–5 Amon tahu Lamoni berada di bawah kuasa Tuhan. Dia memberitahu permaisuri bahawa Lamoni akan bangun pada hari esok. Alma 19:6–8 Permaisuri menjaga Lamoni sepanjang malam. Keesokan hari, Lamoni bangun dan berkata dia telah melihat Yesus Kristus. Raja dan permaisuri dipenuhi dengan Roh Kudus. Alma 19:11–13. Yakub mengajar orang ramai untuk percaya kepada Kristus. Mereka yang percaya, bertaubat akan dosa-dosa mereka dan dibaptis. Alma 19:31, 35