Bab 28 Bangsa Zoram dan Rameumtom Bangsa Zoram pernah tergolong dalam gereja Tuhan tetapi mereka telah menjadi jahat dan menyembah berhala. Alma 31:1, 8–9 Bangsa Nefi ingin menghalang bangsa Zoram dari menyertai bangsa Laman, jadi Alma pergi bersama beberapa penginjil yang lain untuk mengkhutbahkan firman Tuhan kepada bangsa Zoram. Alma 31:4, 11 Para penginjil ini terkejut dan kecewa dengan cara orang Zoram menyembah di gereja mereka, yang dipanggil saumaah. Alma 31:12 Di tengah-tengah gereja, bangsa Zoram telah membina suatu binaan tinggi yang disebut Rameumtom. Hanya ada ruang untuk seorang berdiri di atasnya. Alma 31:13, 21 Bangsa Zoram mengambil giliran berdiri di sana, menghulur tangan ke atas langit dan mengucapkan doa yang sama. Alma 31:14, 20 Dalam doa ini, bangsa Zoram berkata Tuhan tidak mempunyai tubuh; dia hanyalah roh. Mereka juga berkata yang Kristus tidak akan wujud. Alma 31:15–16 Bangsa Zoram berfikir yang Tuhan hanya memilih mereka untuk diselamatkan di dalam kerajaan syurga. Mereka bersyukur kerana menjadi orang kegemarannya. Alma 31:17–18 Selepas setiap bangsa Zoram telah berdoa, mereka pulang ke rumah dan tidak berdoa atau bercakap tentang Tuhan lagi sepanjang minggu. Alma 31:12, 23 Bangsa Zoram yang kaya suka emas dan perak, dan mereka bercakap besar tentang harta duniawi mereka. Alma sedih melihat betapa jahatnya mereka. Alma 31:24–25 Alma berdoa untuk dirinya dan para penginjilnya untuk memiliki kekuatan, ketenangan, dan kejayaan dalam pekerjaan mereka. Alma 31:26, 32–33 Setelah meminta bantuan untuk membawa kembali bangsa Zoram kepada kebenaran, Alma dan para penginjil yang lain dipenuhi dengan Roh Kudus. Alma 31:34–36 Kemudian para penginjil pergi ke arah yang berasingan untuk berkhutbah. Tuhan memberkati mereka dengan makanan dan pakaian dan menguatkan mereka dalam pekerjaan mereka. Alma 31:37–38 Bangsa Zoram yang miskin tidak dibenarkan masuk ke dalam gereja. Orang-orang ini mula mendengar para penginjil. Alma 32:2–3 Ramai yang bertanya kepada Alma apa yang patut mereka lakukan. Alma memberitahu mereka bahawa mereka tidak perlu berada di dalam gereja untuk berdoa atau menyembah Tuhan. Alma 32:5, 10–11 Dia memberitahu mereka untuk beriman kepada Tuhan. Kemudian Amulek mengajar mereka tentang Yesus Kristus dan rancangan Tuhan untuk anak-anaknya. Alma 32:17–21; Alma 34:8–9 Para penginjil meninggalkan kota, dan bangsa Zoram yang telah mempercayai mereka diusir keluar dari kota. Orang-orang yang percaya pergi ke negeri Yerson tinggal bersama dengan orang Amon. Alma 35:1–2, 6 Walaupun bangsa Zoram yang jahat mengancam orang Amon, orang Amon membantu bangsa Zoram yang soleh dan memberi mereka makanan, pakaian, dan negeri. Alma 35:8–9