Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 31: Panglima Moroni Melawan Zerahemna


Bab 31

Panglima Moroni Melawan Zerahemna

bangsa Laman berbicara

Zerahemna, pemimpin kepada bangsa Laman, menghasut rakyatnya untuk berterusan membenci bangsa Nefi dan menjadikan mereka hamba-hamba.

askar-askar bangsa Nefi

Bangsa Nefi ingin untuk menjaga tanah-tanah mereka dan keluarga-keluarga mereka bebas. Mereka juga ingin bebas untuk menyembah Tuhan.

Panglima Moroni

Panglima Moroni merupakan pemimpin kepada tentera-tentera bangsa Nefi. Sewaktu bangsa Laman datang untuk berperang, Moroni dan tentera-tenteranya menghadapi mereka di negeri Yerson.

Panglima Moroni bersama bala tentera

Panglima Moroni telah mempersiapkan tentera-tenteranya dengan senjata perang, perisai, baju zirah, dan pakaian tebal.

tentera bangsa Laman

Bangsa Laman memiliki jumlah tentera-tentera yang lebih besar tetapi amat takut apabila mereka melihat baju zirah bangsa Nefi—bangsa Laman memakai pakaian yang sedikit.

bangsa Laman bersembunyi di padang belantara

Tentera-tentera bangsa Laman tidak berani melawan tentera-tentera Panglima Moroni. Bangsa Laman pergi ke padang belantara dan memutuskan untuk menyerang negeri bangsa Nefi yang lain.

Alma berdoa

Moroni menghantar perisik-perisik untuk mengawasi bangsa Laman. Dia juga menghasratkan Alma untuk berdoa kepada Tuhan untuk bantuan. Tuhan memfirmankan Alma di mana bangsa Laman akan menyerang.

Moroni berkawat bersama tentera-tenteranya

Ketika Moroni menerima pesanan Alma, dia meninggalkan sebahagian askar-askar untuk mengawasi negeri Yerson dan berkawat dengan tentera-tentera yang selebihnya untuk menghadapi bangsa Laman.

Askar-askar Moroni bersembunyi

Askar-askar Panglima Moroni bersembunyi kedua-dua bahagian Sungai Sidon, menanti untuk mengepung tentera-tentera bangsa Laman.

pertempuran di sungai

Perang bermula, dan bangsa Laman cuba untuk melarikan diri dengan menyeberangi sungai, tetapi lebih ramai bangsa Nefi yang menanti mereka di seberang.

bangsa Nefi melepaskan panah

Berperang dengan sedemikian hebat dari yang pernah mereka lakukan, Zerahemna dan tentera-tenteranya membunuh banyak dari bangsa Nefi. Bangsa Nefi menyeru kepada Tuhan untuk bantuan.

Bangsa Nefi berdepan dengan bangsa Laman

Tuhan memperkuatkan tentera-tentera bangsa Nefi. Tentera-tentera mengepung bangsa Laman, dan Moroni memerintahkan agar peperangan dihentikan.

Moroni berbicara kepada Zerahemna

Moroni berkata kepada Zerahemna bahawa bangsa Nefi tidak berhasrat untuk membunuh bangsa Laman mahupun menjadikan mereka sebagai hamba-hamba.

Moroni berbicara

Moroni berkata bangsa Laman tidak dapat menghancurkan iman bangsa Nefi terhadap Yesus Kristus. Dia berkata Tuhan akan berterusan untuk membantu bangsa Nefi untuk berlawan selagi mereka beriman.

Moroni mengarah Zerahemna

Moroni mengarahkan Zerahemna untuk meletakkan senjata perangnya. Bangsa Laman tidak akan dibunuh sekiranya mereka berjanji tidak datang kembali berperang melawan bangsa Nefi.

Zerahemna menyerahkan senjata perang kepada Moroni

Zerahemna menyerahkan kepada Moroni senjata perangnya tetapi tidak membuat perjanjian untuk tidak berperang. Moroni mengembalikan senjata perang agar bangsa Laman dapat mempertahankan diri mereka.

askar Nefi mematahkan pedang Zerahemna

Zerahemna menyerbu ke depan Moroni untuk membunuhnya, tetapi seorang askar Nefi memukul dan mematahkan pedang Zerahemna.

seorang askar mengelupaskan kulit kepala Zerahemna

Kemudian seorang askar mengelupaskan kulit kepala Zerahemna, meletakkan di hujung pedangnya, dan mengangkatnya.

kulit kepala bangsa Laman

Bangsa Laman akan jatuh seperti kulit kepala telah jatuh, dia memberitahu mereka, kecuali mereka menyerahkan senjata perang mereka dan membuat perjanjian untuk tidak berperang.

bangsa Laman menyerahkan senjata perang

Banyak bangsa Laman melemparkan senjata perang di kaki Moroni dan berjanji untuk tidak berperang. Mereka dibenarkan pergi.

bangsa Laman bertempur

Zerahemna merasa geram and menghasut tentera-tenteranya yang tertinggal untuk bertempur. Askar-askar Moroni membunuh banyak di antara mereka.

Zerahemna merayu kepada Moroni

Ketika Zerahemna melihat bahawa dia dan semua orangnya akan dihancurkan, dia merayu kepada Moroni untuk melepaskan mereka. Dia berjanji tidak akan berperang melawan bangsa Nefi lagi.

bangsa Laman pergi dari bangsa Nefi

Moroni menghentikan peperangan dan mengambil senjata perang dari bangsa Laman. Selepas mereka membuat perjanjian untuk tidak berperang, bangsa Laman dibiarkan pergi.