Bab 1 Bagaimana Kita Memperoleh Kitab Mormon Ketika Joseph Smith berumur 14 tahun, banyak gereja mengaku bahawa ia adalah benar, dan dia tidak tahu mana satu untuk diikuti. Joseph Smith—Sejarah 1:5–10 Pada satu hari, Joseph membaca Yakobus 1:5 di dalam Alkitab: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan.” Joseph perlu tahu gereja mana yang benar, jadi dia memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan. Joseph Smith—Sejarah 1:11–13 Pada pagi musim bunga, Joseph pergi ke hutan berhampiran rumahnya untuk berdoa. Joseph Smith—Sejarah 1:14 Ketika dia berlutut dan mula berdoa, Setan cuba menghentikannya Joseph berdoa dengan lebih kuat lagi, meminta bantuan Bapa Syurgawi. Joseph Smith—Sejarah 1:15–16 Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus datang kepada Jospeh dalam tiang cahaya. Bapa Syurgawi menunjuk kepada Yesus dan berkata: “Inilah Putera-Kukasihi. Dengarkanlah Dia!” Joseph Smith—Sejarah 1:16–17 Joseph bertanya gereja yang mana dia harus ikuti. Yesus memberitahu dia supaya tidak menyertai semuanya kerana mereka semuanya salah. Joseph Smith—Sejarah 1:18–19 Apabila Joseph memberitahu beberapa orang tentang apa yang dia telah lihat dan dengar, mereka mengetawakannya. Pemimpin kepada banyak jemaah tempatan menganiaya dia. Joseph Smith—Sejarah 1:21–22 Tiga tahun telah berlalu. Suatu malam Joseph berdoa untuk diampuni dosa-dosanya dan mengetahui apa yang patut dilakukannya. Joseph Smith—Sejarah 1:29 Seorang malaikat bernama Moroni muncul dan memberitahu Joseph mengenai sebuah kitab yang ditulis di atas kepingan-kepingan emas. Joseph akan menterjemahkan kepingan-kepingan ini ke dalam bahasa Inggeris. Joseph Smith—Sejarah 1:33–35 Selepas Moroni pergi, Joseph memikirkan tentang apa yang dikatakan Moroni kepadanya. Moroni kembali dua kali lagi malam itu. Joseph Smith—Sejarah 1:44–47 Keesokan harinya Yusuf pergi ke atas Bukit Kumora, yang telah dilihatnya dalam satu penglihatan. Di sana dia menemui sebuah batu besar. Dia mengungkil batu itu dengan sebatang kayu. Joseph Smith—Sejarah 1:50–52 Di bawah batu itu terdapat satu kotak batu. Ketika Yusuf melihat ke dalam kotak itu, dia nampak kepingan-kepingan emas. Joseph Smith—Sejarah 1:51–52 Moroni muncul dan memberitahu Joseph supaya tidak mengambil kepingan-kepingan itu tetapi untuk kembali pada hari yang sama setiap tahun selama empat tahun. Setiap kali Joseph pergi, Moroni mengajarnya. Joseph Smith—Sejarah 1:53–54 Selepas empat tahun, Joseph akhirnya dibenarkan mengambil kepingan-kepingan emas itu. Dia menggunakan Urim dan Tumin untuk menterjemahkan sebahagian kepingan-kepingan itu. Joseph Smith—Sejarah 1:59, 62 Jurutulis membantu Joseph dengan menulis firman ketika dia menterjemahkannya dari kepingan-kepingan emas. Joseph Smith—Sejarah 1:67 Yusuf mengambil firman yang diterjemahkan ke pencetak dan menjadikannya satu buku. Sejarah Gereja 1:71 Buku ini dipanggil Kitab Mormon. Ia menceritakan tentang orang yang tinggal di Amerika bertahun-tahun yang lalu. Ia juga menceritakan tentang Yesus Kristus, Putera Tuhan. Pengenalan kepada Kitab Mormon