Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 33: Penyokong Raja menentang Penyokong Kebebasan


Bab 33

Penyokong Raja menentang Penyokong Kebebasan

Pahoran berbicara kepada orang ramai

Sebahagian bangsa Nefi menginginkan hakim utama, Pahoran, untuk mengubah beberapa hukum.

rakyat marah

Ketika Pahoran menolak, orang ramai menjadi berang dan ingin menggantikan Pahoran sebagai hakim utama. Mereka menginginkan seorang raja, bukan hakim-hakim.

dua lelaki sedang berbicara

Digelar para penyokong raja, mereka berharap agar satu di antara mereka akan menjadi raja dan memiliki kuasa ke atas rakyat.

sekumpulan lelaki sedang berdoa

Bangsa Nefi yang ingin mengekalkan Pahoran sebagai ketua hakim digelar para penyokong kebebasan. Mereka ingin bebas untuk hidup dan menyembah seperti yang mereka hasratkan.

para lelaki berbaris untuk mengundi

Rakyat mengundi di antara penyokong kebebasan dan penyokong raja. Kebanyakan mereka mengundi untuk menjadi penyokong kebebasan.

tentera bangsa Laman

Pada masa yang sama, Amalikia sedang mengumpulkan sekumpulan tentera bangsa Laman yang besar untuk menyerang bangsa Nefi.

penyokong raja

Ketika para penyokong raja terdengar bahawa bangsa Laman dalam perjalanan, mereka gembira dan enggan untuk membantu mempertahankan negeri mereka.

Moroni memperhatikan para penyokong raja

Panglima Moroni marah terhadap para penyokong raja kerana tidak bertempur. Dia telah bekerja keras untuk memastikan bangsa Nefi bebas.

Moroni berbicara kepada pentadbir

Dia meminta pentadbir kuasa untuk mengarah para penyokong raja untuk melawan bangsa Laman ataupun dihukum mati.

pentadbir berbicara kepada Moroni

Ketika pentadbir, Pahoran, memberikan Moroni kuasa tersebut, Moroni memimpin tentera-tenteranya melawan para penyokong raja.

bangsa Nefi dan bangsa Laman bertempur

Banyak penyokong raja dibunuh, sebahagian dipenjarakan. Yang selebihnya setuju untuk membantu mempertahankan negeri mereka daripada bangsa Laman.