Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 2: Lehi Memberi Amaran Kepada Orang Ramai


Bab 2

Lehi Memberi Amaran Kepada Orang Ramai

nabi mengajar

Kebanyakan orang yang tinggal di Yerusalem 600 tahun sebelum kelahiran Kristus adalah orang yang jahat. Tuhan mengutus para nabi untuk memberitahu mereka agar bertaubat, tetapi mereka tidak menghiraukan.

Lehi dan tiang api

Lehi ialah seorang nabi. Dia berdoa agar orang ramai akan bertaubat. Ketika dia sedang berdoa, muncul sebuah tiang api. Tuhan memberitahu dan menunjukkan kepada Lehi banyak hal.

Lehi melihat sebuah penglihatan

Lehi pulang ke rumah dan melihat sebuah penglihatan. Dia melihat Tuhan dikelilingi oleh banyak malaikat. Para malaikat sedang menyanyi dan memuji Tuhan.

penglihatan Lehi

Dalam penglihatannya Lehi diberikan sebuah buku yang terkandung hal-hal yang akan terjadi di masa akan datang. Dia terbaca Yerusalem akan dimusnahkan kerana kejahatan bangsa itu.

Lehi berbicara kepada orang ramai

Lehi memberitahu orang ramai bahawa Yerusalem akan dimusnahkan. Dia turut memberitakan tentang kedatangan Yesus. Orang ramai menjadi marah dan cuba membunuh Lehi, tetapi Tuhan melindunginya.