Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 12: Raja Benyamin


Bab 12

Raja Benyamin

Raja Benyamin mengajar

Raja Benyamin ialah seorang raja Bangsa Nefi yang soleh. Dengan pertolongan orang soleh yang lain, dia membawa kedamaian ke negerinya.

Raja Benyamin dan Mosia

Raja Benyamin menjadi tua dan ingin bercakap dengan rakyatnya. Dia perlu beritahu mereka bahawa puteranya Mosia akan menjadi raja seterusnya.

rakyat berkumpul di sekeliling bait suci

Rakyat datang dari seluruh negeri dan berkumpul dekat bait suci. Mereka meletakkan khemah mereka supaya pintunya menghadap bait suci.

Raja Benyamin bercakap

Raja Benyamin bercakap dari sebuah menara supaya semua orang boleh mendengarnya.

Bangsa Nefi

Dia beritahu rakyatnya bahawa dia telah cuba melayani mereka. Dia berkata bahawa cara untuk melayani Tuhan adalah dengan melayani satu sama lain.

Raja Benyamin

Raja Benyamin beritahu rakyatnya untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mereka yang mentaati perintah-perintah Tuhan dengan penuh iman akan gembira dan satu hari nanti tinggal dengan Tuhan.

Bayi Yesus dan Maria

Raja Benyamin berkata Yesus Kristus akan lahir tidak lama lagi di bumi. Nama ibunya ialah Maria.

Yesus mengerjakan mukjizat

Yesus akan mengerjakan mukjizat. Dia akan menyembuhi mereka yang sakit dan akan menghidupkan kembali yang mati. Dia akan membuat yang buta untuk melihat dan yang tuli untuk mendengar.

Yesus berdoa

Dia berikan nyawa-Nya untuk menebus semua dosa manusia. Mereka yang bertaubat dan mempunyai iman dalam Yesus akan menerima pengampunan dosa-dosa mereka.

Yesus disalibkan

Raja Benyamin beritahu rakyatnya bahawa lelaki jahat akan mencabuk Kristus. Kemudian mereka akan menyalibkan-Nya.

Kristus dibangkitkan

Selepas tiga hari Yesus akan dibangkitkan.

Bangsa Nefi berdoa

Selepas Raja Benyamin bercakap, bangsa Nefi jatuh ke tanah. Mereka sedih akan dosa-dosa mereka dan ingin bertaubat.

Kristus berdoa

Orang ramai mempunyai iman dalam Yesus Kristus, dan mereka berdoa untuk pengampunan.

Bangsa Nefi senyum

Roh Kudus memenuhi mereka. Mereka tahu bahawa Tuhan sudah mengampuni mereka dan Dia menyayangi mereka. Mereka rasa kedamaian dan kegembiraan.

Raja Benyamin bercakap dengan rakyatnya.

Raja Benyamin beritahu rakyatnya untuk percaya dalam Tuhan. Dia ingin mereka tahu bahawa Tuhan telah mencipta semua perkara dan dia adalah bijak dan sangat berkuasa.

keluarga sedang berdoa

Raja Benyamin beritahu rakyatnya untuk merendahkan hati dan berdoa setiap hari. Dia inginkan rakyatnya untuk selalu mengingati Tuhan dan beriman.

Raja Benyamin bercakap

Dia beritahu ibu bapa untuk tidak membenarkan anak mereka berkelahi atau bertelingkah.

ibu bapa mengajar anak

Dia beritahu mereka untuk mengajar anak mereka untuk patuh, menyayangi dan melayani satu sama lain.

Bangsa Nefi mendengar Raja Benyamin

Dia memberi amaran kepada rakyat agar berhati-hati dengan apa yang mereka fikirkan, katakan, dan lakukan. Mereka harus beriman dan mengikut perintah-perintah untuk seluruh hidup mereka.

Raja Benyamin bercakap dengan rakyatnya.

Raja Benyamin tanya rakyatnya jika mereka percaya ajaran-ajarannya. Mereka semua kata mereka percaya. Roh Kudus telah menukar mereka, dan mereka tidak mahu lagi berdosa.

Bangsa Nefi senyum

Mereka membuat perjanjian, atau berjanji, untuk mentaati perintah Tuhan. Raja Benyamin amat gembira.

Raja Benyamin memberkati Mosia

Raja Benyamin memberi puteranya Mosia hak untuk menjadi raja baru. Tiga tahun kemudian Raja Benyamin mangkat.

Mosia bekerja

Mosia ialah seorang raja yang soleh. Dia bekerja keras dan melayani rakyatnya, seperti bapanya.