Bab 19
Para Putera Mosia Menjadi Penginjil
Imej
para putera Mosia
Para putera Mosia telah bertaubat akan dosa-dosa mereka dan menyesal kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan. Mereka tahu injil adalah benar, dan mereka ingin mengajarkan injil kepada orang lain.
Imej
para putera Mosia berbicara
Setiap putera Mosia menolak untuk menjadi raja. Sebaliknya, mereka ingin menjadi penginjil kepada bangsa Laman dan berkongsi berkat injil kepada mereka.
Imej
Raja Mosia berdoa
Raja Mosia berdoa untuk mengetahui sekiranya dia harus melepaskan para puteranya pergi. Tuhan memfirmankan dia untuk membiarkan mereka pergi, dan mereka akan dilindungi. Banyak bangsa Laman mempercayai pesanan mereka.
Imej
Keempat-empat putera berdoa
Para putera Mosia pergi untuk mengajarkan bangsa Laman. Mereka berpuasa dan berdoa agar mereka dapat menjadi penginjil yang baik.