Bab 8 Menyeberangi Laut Tuhan memberitahu Lehi untuk membawa keluarganya ke kapal yang telah mereka bina. Mereka memuatkannya dengan buah, daging, dan madu serta benih untuk ditanam di negeri yang dijanjikan. 1 Nefi 18:5–6 Angin kencang meniup kapal menuju ke tanah yang dijanjikan. 1 Nefi 18:8 Laman, Lemuel, dan beberapa yang lain mulai menjadi jahat. Apabila Nefi memberitahu mereka untuk berhenti, mereka marah dan mengikatnya dengan tali. 1 Nefi 18:9–11 Disebabkan oleh kejahatan mereka, Liahona berhenti bekerja. Mereka tidak tahu cara untuk mengemudikan kapal itu. Ribut yang dahsyat hembus balik kapal selama tiga hari. 1 Nefi 18:12–13 Lehi memberitahu Laman dan Lemuel untuk melepaskan Nefi, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Lehi dan Saria kepiluan sehingga mereka jatuh sakit. 1 Nefi 18:17 Isteri dan anak-anak Nefi menangis. Mereka merayu kepada Laman dan Lemuel untuk melepaskan Nefi, tetapi mereka menolak. 1 Nefi 18:19 Pada hari keempat ribut semakin buruk. Kapal itu hampir tenggelam. 1 Nefi 18:14–15 Laman dan Lemuel tahu bahawa Tuhan telah menghantar ribut itu. Mereka takut akan lemas. 1 Nefi 18:15 Akhirnya Laman dan Lemuel bertaubat dan membuka ikatan Nefi. Walaupun pergelangan tangan dan kakinya menjadi bengkak dan sakit dari tali, Nefi tidak merungut. 1 Nefi 18:15–16 Nefi kemudian mengambil Liahona, dan ia bekerja lagi. Nefi berdoa, dan angin itu berhenti. Laut menjadi tenang. 1 Nefi 18:21 Nefi mengemudikan kapal itu, dan ia berlayar lagi menuju ke negeri yang dijanjikan. 1 Nefi 18:22