“21–27 September. 3 Nefi 12–16: ‘Aku Adalah Hukum, dan Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“21–27 September. 3 Nefi 12–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
21–27 September
3 Nefi 12–16
“Aku Adalah Hukum, dan Cahaya”
Apabila anda mengkaji 3 Nefi 12–16, cari kebenaran yang akan menjadi bermakna kepada kanak-kanak yang anda ajar. Garis panduan ini mencadangkan beberapa kebenaran, tetapi Roh boleh menunjukkan anda kepada yang lain.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Edarkan gambar Yesus. Minta kanak-kanak bergilir-gilir memegang gambar itu dan berkongsi satu perkara yang diajar oleh Yesus, seperti sesuatu yang mereka pelajari di rumah minggu ini.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menjadi contoh yang baik untuk orang lain.
Kadangkala kanak-kanak mungkin tidak menyedari betapa banyak contoh mereka dapat memberkati orang lain. Gunakan ayat-ayat ini untuk menggalakkan mereka membiarkan cahaya mereka bersinar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak bahawa 3 Nefi 12:14–16 adalah mengenai mereka, dan kemudian bacanya dengan lantang. Apabila anda membaca “mu”, tunjukkan kepada kanak-kanak, dan minta mereka menunjuk kepada diri mereka sendiri.
-
Tunjukkan lampu suluh kepada kanak-kanak, dan jemput salah seorang daripada mereka untuk menghidupkannya. Jelaskan bahawa apabila kita mengikut Juruselamat, ia seperti menyalakan cahaya yang dapat membantu orang lain mengikuti Dia juga. Kemudian tutup atau sembunyikan cahaya, dan minta kanak-kanak menamakan beberapa perkara yang mereka boleh lakukan untuk menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Setiap kali mereka lakukannya, biarkan mereka mendedahkan cahaya (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).
-
Nyanyi bersama lagu yang menggalakkan kanak-kanak bersinar seperti cahaya, seperti “Bersinar T’rus” atau “Ku S’perti Bintang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 96, 84). Beritahu kanak-kanak mengenai cahaya yang anda lihat di dalam mereka apabila mereka melakukan “kerja yang baik” dan terangkan bagaimana cahaya dan contoh mereka membantu orang lain dan mengilhami anda untuk melakukan kerja yang baik juga.
Bapa Syurgawi menjawab doa-doa saya.
Ayat ini dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa Tuhan akan mendengar dan menjawab doa mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Apabila anda membaca 3 Nefi 14:7, jemput kanak-kanak untuk melakukan tindakan yang mewakili setiap jemputan Juruselamat dalam ayat ini. Contohnya, mereka boleh menaikkan tangan mereka (bertanya), membuat teropong dengan tangan mereka (mencari), atau membuat gerakan mengetuk (ketukan). Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh katakan dan minta dalam doa mereka. Jelaskan bahawa kita boleh memberitahu apa-apa kepada Bapa Syurgawi, dan Dia akan mendengar kerana Dia mengasihi kita.
-
Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan kepada anda apa yang mereka lakukan dengan tangan, mata, dan kepala ketika mereka berdoa. Gunakan lagu seperti “Kita Tundukkan Kepala” untuk membantu (Buku Nyanyian Anak-Anak, 18). Kita sedang bercakap kepada siapa ketika kita berdoa? Berikan kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi mendengar doa kita.
Juruselamat mahu saya mendengar dan melakukan apa yang Dia ajarkan.
Hanya sekadar mendengar kata-kata Juruselamat tidak mencukupi. Hanya mereka yang menjalani ajaran-Nya boleh menahan ribut kehidupan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Nyanyi bersama “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132), atau baca 3 Nefi 14:24–27. Bantu kanak-kanak menggantikan nama mereka untuk “orang bijak” ketika mereka menyanyi. Mengapakah rumah orang bijak itu kekal teguh semasa ribut? Kaji semula ayat 24 untuk menekankan bahawa dia mendengar dan melakukan apa yang dikatakan oleh Juruselamat.
-
Tunjukkan kepada kanak-kanak batu dan pasir. Minta mereka untuk menunjuk kepada batu apabila anda menggambarkan pilihan untuk mengikuti Juruselamat dan menunjuk ke pasir ketika anda menggambarkan pilihan untuk tidak mengikuti Dia. Bersaksi bahawa ketika kita melakukan apa yang dikatakan oleh Juruselamat, kita kuat seperti sebuah rumah yang dibina di atas batu.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya perlu lapar dan haus terhadap kesolehan.
Semua orang boleh mengaitkan diri dengan kelaparan dan kehausan; Juruselamat bercakap tentang perasaan ini untuk mengajar kita tentang perasaan kita untuk mencari kesolehan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tanpa membiarkan kanak-kanak lain mendengar, minta seorang kanak-kanak berpura-pura makan atau minum, dan biarkan kanak-kanak lain meneka apa yang dia sedang lakukan. Bagaimanakah perasaannya untuk makan makanan yang baik atau minum air yang bersih? Bagaimanakah kita memelihara roh kita? Jemput kanak-kanak untuk membaca 3 Nefi 12:6 untuk mengetahui apa yang Juruselamat mahu kita “lapar dan haus terhadap.” Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mahukan kesolehan seperti kita mahukan makanan dan minuman?
-
Bawa gambar makanan dan minuman, dan labelkan setiap gambar dengan rujukan tulisan suci seperti Mazmur 119:103; Yohanes 6:35; 2 Nefi 32:3; Enos 1:4; atau 3 Nefi 20:8. Minta kanak-kanak untuk membaca petikan tersebut dan gambarkan apa yang diajarkan mengenai apa yang kita dapat lakukan untuk menunjukkan bahawa kita lapar dan haus terhadap kebenaran. Kongsi pengalaman di mana anda merasakan “dipenuhi dengan Roh Kudus,” dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.
Saya perlu melakukan perkara yang baik untuk alasan yang betul
Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa kerja-kerja baik tidak mencukupi—kerja kita mesti diilhami oleh kasih kepada Tuhan dan keinginan untuk melayani Dia.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta setiap kanak-kanak untuk mencari 3 Nefi 13:1–4, 5–8, atau 16–18 dan mengenalpasti kerja-kerja baik yang disebutkan dalam ayat-ayat ini (jelaskan bahawa melakukan “sedekah” bererti memberi kepada orang miskin). Mengapakah Juruselamat berkata jangan jadi seperti beberapa orang yang melakukan perkara-perkara ini?
-
Beri setiap kanak-kanak satu slip kertas dengan perbuatan yang soleh yang ditulis di atasnya (atau biarkan mereka memikirkan contoh mereka sendiri). Minta mereka untuk memikirkan sebab-sebab yang baik dan sebab-sebab yang tidak baik untuk melakukan perkara-perkara tersebut. Galakkan mereka untuk sentiasa melakukan perkara-perkara baik untuk sebab yang betul.
Keselamatan rohani berasal dari mendengar dan melakukan apa yang diajar oleh Juruselamat.
“Hujan” dan “banjir” datang kepada kita semua dalam kehidupan, tetapi kita dapat bertahan jika kita mendengar dan melakukan apa yang diajar oleh Yesus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Sebagai satu kelas, baca 3 Nefi 14:21–27 dan 15:1, dan minta kanak-kanak untuk berdiri setiap kali anda membaca perkataan “melakukan.” Mengapakah Juruselamat menekankan melakukan kata-kata-Nya, bukan hanya sekadar mendengar atau mengingatinya? Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar ayat 24–25 dan tulis di atas batu “Yesus” dan sesuatu yang diajar oleh Yesus. Nyanyi bersama “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak,132).
-
Jemput kanak-kanak untuk berdiri, dan minta mereka membayangkan bahawa satu kaki mewakili mendengar kata-kata Juruselamat dan satu kaki lain mewakili melakukannya. Jemput mereka untuk mengangkat kaki yang “melakukan” dan mengimbangkan diri dengan kaki yang “mendengar.” Apakah yang akan berlaku sekiranya angin kencang meniup ke dalam bilik? Gunakan contoh ini untuk menggambarkan mengapakah ia lebih selamat untuk melakukan apa yang dikatakan oleh Juruselamat dan bukan hanya sekadar mendengar kata-kata-Nya.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak memilih satu perkara yang mereka pelajari mengenai ajaran Yesus hari ini dan tentukan bagaimana mereka akan bertindak untuk melakukannya. Bagaimanakah tindakan mereka dapat membantu mereka menjadi cahaya untuk keluarga dan kawan mereka?