“29 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19: Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“29 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
28 September–11 Oktober
3 Nefi 17–19
“Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh”
Apabila anda membaca 3 Nefi 17–19, pertimbangkan apakah tulisan suci, pengalaman, aktiviti, dan cerita yang akan membantu kanak-kanak memahami kebenaran dalam bab ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tunjukkan gambar Juruselamat, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka jika Dia melawat mereka seperti yang Dia lakukan kepada bangsa Nefi.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Juruselamat mengasihi setiap anak Bapa Syurgawi.
Yesus menunjukkan kasih-Nya kepada kanak-kanak ketika Dia memberkati dan berdoa untuk mereka. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar merasakan kasih-Nya kepada mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ringkaskan laporan dalam 3 Nefi 17 semasa memaparkan gambar seperti yang di dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Atau anda boleh menggunakan “Bab 44: Yesus Kristus Memberkati Anak-anak Kecil,” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 124–25, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Baca frasa atau ayat dari 3 Nefi 17 yang menekankan kasih Juruselamat bagi orang ramai (seperti ayat 7 dan 20–25). Biarkan kanak-kanak bergilir memegang gambar dan memberitahu apa yang dilakukan oleh Yesus kerana Dia mengasihi orang ramai.
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak melukis gambar diri mereka dengan Yesus. Ketika mereka lakukan ini, bantu mereka berfikir tentang cara Yesus menunjukkan kasih-Nya kepada mereka.
Saya boleh berfikir tentang Yesus ketika saya mengambil sakramen.
Terdapat banyak perkara yang boleh mengalih perhatian kanak-kanak semasa sakramen. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak di kelas anda memahami kepentingan untuk berfikir tentang Juruselamat dan kasih-Nya kepada mereka semasa tatacara kudus ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang berlaku semasa sakramen. Baca ayat-ayat dari masa Yesus memberi sakramen kepada bangsa Nefi (lihat 3 Nefi 18:1–12), dan minta kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar sesuatu yang serupa dengan apa yang kita lakukan semasa sakramen. Apakah yang Yesus mahu kita untuk “mengingati” atau berfikir semasa sakramen? (lihat 3 Nefi 18:7, 11).
-
Menyenandungkan, bernyanyi, atau mainkan lagu rohani atau lagu Sekolah Primer sementara kanak-kanak sedang mewarnakan gambar dapat membantu mereka mengingati Juruselamat semasa sakramen (lihat halaman aktiviti minggu ini). Galakkan mereka untuk melihat gambar-gambar ini untuk membantu mereka mengingati Yesus ketika mereka mengambil sakramen.
3 Nefi 18:15, 20–21, 24; 19:16–17, 30
Yesus mengajar saya bagaimana untuk berdoa.
Apakah yang anda pelajari tentang doa semasa anda mengkaji 3 Nefi 17–19? Bagaimanakah anda boleh menggunakan apa yang anda pelajari untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk berdoa?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar orang berdoa (seperti yang ada di dalam “Bab 46: Yesus Kristus Mengajar dan Berdoa Bersama Bangsa Nefi” dalam Cerita-cerita Kitab Mormon, 128–30). Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan butiran dalam gambar yang menunjukkan bahawa orang-orang ini sedang berdoa. Baca 3 Nefi 19:16–17 untuk menjelaskan bahawa Yesus mengajar kita bagaimana untuk berdoa. Biarkan kanak-kanak memberitahu anda perasaan mereka apabila mereka berdoa.
-
Baca 3 Nefi 18:21, dan jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka atau keluarga mereka sedang berdoa. Galakkan kanak-kanak untuk menjemput keluarga mereka untuk berdoa bersama mereka.
-
Nyanyi bersama lagu mengenai doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari mengenai doa dari lagu itu. Kongsi kesaksian anda tentang doa.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Juruselamat mengasihi anak-anak Bapa Syurgawi.
Presiden Ezra Taft Benson mengajarkan: “Saya berjanji kepada anda, kanak-kanak yang dikasihi, bahawa malaikat akan melayani anda juga. Anda mungkin tidak boleh melihat mereka, tetapi mereka akan berada di sana untuk membantu anda, dan anda akan merasakan kehadiran mereka” (“To the Children of the Church,” Ensign, Mei 1989, 83).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama beberapa ayat dari 3 Nefi 17 yang anda rasa bermakna kepada kanak-kanak yang anda ajar. Semasa anda membaca setiap ayat, minta kanak-kanak memilih perkataan atau frasa yang mereka fikir adalah penting dan kemudian berkongsi mengapa kata-kata itu bermakna kepada mereka. Bersaksi bahawa Yesus sangat menyayangi kanak-kanak, dan itulah sebabnya Dia memberkati mereka dan berdoa untuk mereka.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka jika mereka berada di kalangan kanak-kanak yang diberkati Juruselamat. Apakah yang dilakukan oleh Juruselamat untuk menunjukkan kasih-Nya? Apakah yang kita boleh lakukan untuk mempersiapkan diri untuk bersama-sama dengan Dia apabila Dia datang lagi?
Semasa saya mengambil sakramen, saya boleh dipenuhi dengan Roh Kudus.
Kita boleh belajar dari 3 Nefi 18 betapa pentingnya sakramen kepada Juruselamat. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak merasakan bahawa ia penting bagi mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak membaca 3 Nefi 18:1–12. Apakah yang mereka pelajari tentang sakramen dari ayat-ayat ini? Bantu mereka membaca doa sakramen dalam Ajaran dan Perjanjian 20:77 dan 79 dan mencari perkataan dan frasa dalam doa yang juga terdapat dalam 3 Nefi 18:1–12. Apakah maksud perkataan dan frasa ini? Bagaimanakah kita boleh bersiap untuk mengambil sakramen? Apakah yang kita janji, atau berjanji, untuk lakukan apabila kita mengambil sakramen?
-
Nyanyi bersama lagu tentang ketakziman, sepert “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11). Bagaimanakah mengambil sakramen dengan ketakziman dapat membantu kita merasakan Roh? Bagaimanakah ia membantu kita membuat pilihan yang soleh?
3 Nefi 18:15–24; 19:6–9, 15–36
Berdoa akan membantu saya menjadi dekat kepada Bapa Syurgawi.
Kita boleh merasakan Bapa Syurgawi dekat dengan kita melalui doa. Apakah pesanan tentang doa dalam 3 Nefi 18–19 akan membantu kanak-kanak yang anda ajar memperbaiki doa mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis rujukan tulisan suci berikut pada kepingan kertas, dan berikan kepada setiap kanak-kanak atau kepada kumpulan kecil kanak-kanak: 3 Nefi 18:15; 3 Nefi 18:20; 3 Nefi 18:21; 3 Nefi 19:19; dan 3 Nefi 19:24. Jemput kanak-kanak membaca tulisan suci, mencari perkara-perkara yang Yesus Kristus atau para pengikut-Nya ajar tentang doa. Minta mereka melaporkan apa yang mereka pelajari kepada kelas.
-
Pada papan tulis, tuliskan Saya berterima kasih kepada engkau untuk . Berikan kanak-kanak satu minit untuk memikirkan seberapa banyak perkara yang mereka boleh untuk mengisi tempat kosong tersebut. Mengapakah ia baik bagi kita untuk mengungkapkan kesyukuran kepada Bapa Syurgawi? Kemudian tuliskan Saya memohon engkau untuk di papan tulis, dan baca bersama 3 Nefi 18:18–21 dan 19:9, 23, mencari idea tentang apa yang kita perlu berdoa.
-
Kongsi kesaksian anda atau pengalaman peribadi tentang kuasa doa, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian atau pengalaman mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Galakkan kanak-kanak untuk bercakap dengan ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang lain tentang bagaimana mereka dapat memiliki pengalaman yang lebih bermakna dengan sakramen pada Ahad yang akan datang.