Ikutlah Aku
12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26: “Kamulah Anak-anak Perjanjian”


“12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26: ‘Kamulah Anak-anak Perjanjian,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

Ilustrasi Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi oleh Andrew Bosley

12–18 Oktober

3 Nefi 20–26

“Kamulah Anak-anak Perjanjian”

Apabila anda membaca 3 Nefi 20–26, “menyelidiki hal-hal ini dengan tekun” (3 Nefi 23:1) untuk mencari kebenaran yang anda rasa diilhami untuk berkongsi dengan kanak-kanak di kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Edarkan gambar Juruselamat di sekeliling kelas. Apabila setiap kanak-kanak memegang gambar itu, jemput dia untuk berkongsi sesuatu yang diajar atau dilakukan Yesus semasa Dia melawat orang-orang di dalam Kitab Mormon. Mereka boleh berkongsi sesuatu yang mereka pelajari di rumah atau di Sekolah Primer.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

3 Nefi 20:1

Saya boleh berdoa di dalam hati saya.

Jika kelas anda belajar tentang doa minggu lalu, anda boleh membina pelajaran itu dengan salah satu aktiviti ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak menunjukkan kepada anda apa yang mereka lakukan apabila mereka berdoa. Apakah yang mereka lakukan dengan tangan mereka? kepala mereka? mata mereka? Jelaskan bahawa kadangkala kita mahu bercakap dengan Bapa Syurgawi, tetapi kita tidak boleh berlutut atau menutup mata kita. Apakah yang kita boleh lakukan? Baca kepada kanak-kanak dari 3 Nefi 20:1: “[Yesus] memerintahkan mereka agar mereka haruslah tidak berhenti berdoa di dalam hati mereka.” Beritahu anak-anak bagaimana anda berdoa di dalam hati anda.

  • Lukis mulut dan hati di papan tulis. Minta kanak-kanak menunjuk ke mulut dan beritahu beberapa perkara yang mereka katakan ketika mereka berdoa. Kemudian minta mereka untuk menunjukkan kepada hati, dan jelaskan bahawa kita boleh mengatakan perkara-perkara yang sama di dalam hati kita. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi tahu perasaan dan fikiran kita.

3 Nefi 24:8–12

Membayar persepuluhan membawa berkat.

Kanak-kanak yang belum dibaptis tidak diharapkan untuk membayar persepuluhan. Walau bagaimanapun, ia tidak terlalu awal untuk mengajar mereka asas dan berkat yang berkaitan dengan hukum-hukum ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jika bilik kelas anda mempunyai jendela, jemput kanak-kanak untuk melihatnya. Apakah yang boleh masuk ke dalam bilik apabila jendela dibuka? Baca 3 Nefi 24:10, dan jelaskan bahawa apabila kita membayar persepuluhan, “jendela-jendela syurga” dibuka, dan berkat-berkat akan datang ke dalam hidup kita.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak 10 syiling (atau objek kecil yang lain). Jemput mereka untuk mengira syiling dengan anda. Bersaksi bahawa segala yang kita miliki adalah berkat daripada Bapa Syurgawi. Pisahkan satu syiling, dan jelaskan bahawa apabila kita membayar persepuluhan, kita memberi kembali kepada Bapa Syurgawi persepuluh dari apa yang kita perolehi. Tunjukkan gambar yang menunjukkan bagaimana persepuluhan digunakan untuk memberkati Gereja Tuhan (seperti bangunan bait suci, perkhabaran injil, dan sebagainya; lihat Buku Seni Injil, no. 109–10, 118–19).

  • Nyanyi bersama lagu tentang persepuluhan. Tunjukkan frasa yang mengajar mengapa kita membayar persepuluhan.

3 Nefi 25:5–6

Bapa Syurgawi mahu saya belajar tentang nenek moyang saya.

Seperti yang dinubuatkan dalam ayat-ayat ini, Elia telah memulihkan kunci pemeteraian yang membolehkan kita bersama dengan keluarga kita secara abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 3 Nefi 25:6, dan ajak anak-anak meletakkan tangan mereka di hati mereka setiap kali mereka mendengar perkataan “hati.” Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mahu “anak-anak”—kita semua—untuk belajar dan mengasihi “bapa-bapa”—ibu bapa, datuk dan nenek, dan nenek moyang kita.

  • Jemput seorang ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk menceritakan tentang nenek moyang mereka. Atau ceritakan kepada kanak-kanak cerita tentang salah seorang nenek moyang anda; tunjukkan gambar jika boleh. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi menginginkan kita berada bersama keluarga kita selama-lamanya, dan itulah sebabnya Dia memberi kita bait suci. Nyanyi bersama “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

3 Nefi 23:1, 5

Saya dapat mencari tulisan suci dengan tekun.

Juruselamat memberitahu orang ramai untuk mencari tulisan suci, dan Dia ingin memastikan mereka mencatatkan firman para nabi (lihat 3 Nefi 23:1, 5–13; 26:2).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 3 Nefi 23:1, 5 dan cari perkataan yang diulang tiga kali. Apakah maskudnya untuk mencari firman para nabi? Bagaimanakah mencari adalah berbeza dari hanya sekadar membaca? Beritahu kanak-kanak bagaimana anda mencari tulisan suci dan apa yang anda dapati dengannya.

  • Beri setiap kanak-kanak kad atau kertas kecil, dan jemput mereka untuk menulis rujukan kepada tulisan suci kegemaran. (Berikan mereka cadangan jika perlu.) Biarkan mereka bergilir-gilir menyembunyikan kad mereka di dalam bilik sementara kanak-kanak yang lain menutup mata mereka. Mintalah kanak-kanak untuk mencari tulisan suci, dan apabila mereka menjumpainya, baca bersama-sama. Apakah yang kita dapati dalam tulisan suci ini yang penting bagi kita?

3 Nefi 24:8–12

Membayar persepuluhan membuka jendela syurga.

Apabila anda mengajar kanak-kanak tentang persepuluhan, anda mempersiapkan mereka untuk menerima “suatu berkat sehingga tidak akan ada cukup ruang untuk menerimanya.” (3 Nefi 24:10).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan tulis Jika saya membayar persepuluhan, Tuhan akan . Jemput kanak-kanak untuk membaca 3 Nefi 24:8–12,dan membantu mereka mencari frasa untuk melengkapkan ayat ini. Kongsi satu pengalaman di mana anda diberkati kerana anda membayar persepuluhan.

  • Tuliskan sejumlah wang dalam papan tulis, dan bantu kanak-kanak mengira berapa banyak persepuluhan (10 peratus) yang kita perlu berikan untuk setiap jumlah itu. Tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengisi slip sumbangan persepuluhan.

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan di papan tulis beberapa cara persepuluhan digunakan untuk memberkati Gereja Tuhan (untuk membina bait suci, perkhabaran injil, menerbitkan tulisan suci, dan sebagainya). Minta kanak-kanak melukis gambar (atau mencari gambar dalam majalah Gereja) cara persepuluhan memberkati Gereja.

3 Nefi 25:5–6

Bapa Syurgawi mahu saya belajar tentang nenek moyang saya.

Pertimbangkan bagaimana anda akan mengilhami kanak-kanak untuk mencari nenek moyang mereka supaya apabila mereka sudah cukup umur untuk pergi ke bait suci, mereka boleh melaksanakan tatacara bagi pihak nenek moyang mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa 3 Nefi 25:5–6 mengandungi nubuat mengenai peristiwa yang akan berlaku pada zaman akhir. Jemput mereka untuk membaca ayat-ayat ini untuk mengetahui apakah nubuat itu. Bersaksi bahawa nubuat ini telah dipenuhi, dan jemput kanak-kanak membaca tentangnya Ajaran dan Perjanjian 110:13–16 (lihat juga Buku Seni Injil, no. 95). Jelaskan bahawa apabila kita belajar tentang nenek moyang kita dan melakukan kerja bait suci untuk mereka, hati kita berpaling kepada nenek moyang kita.

  • Beritahu kanak-kanak mengenai salah seorang nenek moyang anda yang mati tanpa peluang untuk dibaptiskan. Tunjukkan gambar jika boleh. Berikan kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi mengasihi orang ini, jadi Dia menyediakan jalan bagi dia untuk menerima pembaptisan melalui kerja yang dilakukan bait suci. Minta kanak-kanak mencari frasa dalam 3 Nefi 25:6 yang mungkin menggambarkan perasaan anda tentang nenek moyang anda.

  • Bantu kanak-kanak mengisi pokok keluarga dengan nama ibu bapa dan datuk nenek mereka. Galakkan mereka untuk minta ibu bapa mereka untuk membantu mereka menambah lebih banyak nama.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk minta ibu bapa atau datuk nenek mereka untuk menceritakan kepada mereka tentang nenek moyang mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak belajar dalam banyak cara. Kanak-kanak suka belajar melalui pengalaman yang baru dan berbeza. Gunakan aktiviti yang membantu mereka bergerak, menggunakan semua deria mereka, dan mencuba perkara-perkara baru. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25.)

Cetak