Ikutlah Aku
19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi: “Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia”


“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi: ‘Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Yesus sedang berdoa bersama bangsa Nefi

Christ’s Prayer, oleh Derek Hegsted

19–25 Oktober

3 Nefi 274 Nefi

“Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia”

Apabila anda membaca 3 Nefi 274 Nefi, pertimbangkan pengalaman, pandangan, tulisan suci, dan cerita yang akan membantu kanak-kanak memahami konsep dalam bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bantu kanak-kanak ingat kembali apa yang mereka pelajari selama beberapa minggu yang lalu tentang apa yang Yesus ajarkan kepada rakyat di negeri Kelimpahan. Jelaskan bahawa Kitab Mormon memberitahu kita bagaimana orang ramai diberkati apabila mereka mematuhi apa yang diajar oleh Yesus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

3 Nefi 27:1–22

Saya dari Gereja Yesus Kristus.

Bagaimanakah kata-kata Juruselamat kepada para pengikut-Nya dapat membantu kanak-kanak memahami kepentingan menjadi ahli Gereja Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta setiap kanak-kanak untuk mengatakan namanya. Mengapakah nama kita penting? Beritahu mereka bahawa para pengikut Yesus mahu tahu apakah nama Gereja Kristus. Baca kepada mereka jawapan Juruselamat dalam 3 Nefi 27:7. Apakah nama Gereja-Nya menurut Yesus?

  • Buat lencana yang mengatakan “Saya ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir” untuk setiap kanak-kanak untuk dipakai ke rumah. Biar kanak-kanak mewarna lencana mereka. Nyanyikan “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48) sebagai satu kelas. Beritahu mereka mengapa anda bersyukur untuk menjadi ahli Gereja, dan bertanya kepada kanak-kanak mengapa mereka bersyukur untuk Gereja.

  • Bantu kanak-kanak menyusun teka-teki pada halaman aktiviti minggu ini. Jelaskan bahawa Yesus mahu Gereja-Nya dibina atas injil-Nya, dan gunakan halaman aktiviti untuk bercakap dengan kanak-kanak mengenai apakah yang dimaksudkannya.

4 Nefi 1:2–3, 15–17

Menjalani injil membawa saya kebahagiaan.

Kebahagiaan orang yang digambarkan dalam 4 Nefi dapat membantu kanak-kanak belajar tentang kebahagiaan yang berasal dari menjalani injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang membuat mereka bahagia. Untuk memberitahu kanak-kanak mengenai kebahagiaan orang ramai dalam 4 Nefi, baca frasa utama dari ayat 2–3 dan 15–17. Anda juga boleh merujuk kepada “Bab 48: Kedamaian di Amerika” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 136–37, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tekankan bahawa orang ramai gembira kerana mereka berpaling kepada Tuhan, mereka mematuhi perintah, dan mereka saling mengasihi.

  • Tunjukkan gambar orang gembira. Jelaskan bahawa orang ramai dalam 4 Nefi mempunyai hampir 200 tahun kebahagiaan kerana mereka semua berusaha sebaik mungkin untuk menjalani injil. Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa perintah yang mereka boleh patuhi. Contohnya, anda boleh membaca kepada mereka 4 Nefi 1:15 untuk mengajar bahawa orang ramai tidak berlawan dengan satu sama lain. Jemput kanak-kanak untuk mematuhi perintah yang mereka fikirkan. Nyanyi bersama lagu tentang kegembiraan yang berasal dari menjalani injil, seperti“Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 108).

  • Baca frasa dari 4 Nefi 1:24–29, 34–35, dan 43 yang menggambarkan apa yang terjadi ketika beberapa orang Nefi berhenti mematuhi perintah-perintah. Apabila anda lakukan ini, jemput kanak-kanak untuk membuat wajah sedih apabila mereka mendengar sesuatu yang tidak menggembirakan. Bersaksi bahawa mematuhi perintah membawa kepada kebahagiaan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

3 Nefi 27:3–8

Saya dari Gereja Yesus Kristus.

Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk mengenal pasti berkat-berkat besar yang datang dari menjadi ahli Gereja Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca 3 Nefi 27:3, mencari soalan yang ditanya oleh para pengikut Yesus bertanya kepada-Nya. Kemudian jemput mereka untuk mencari dalam 3 Nefi 27:5–8 untuk jawapan. Menurut ayat-ayat ini, mengapakah nama Gereja penting?

  • Bantu kanak-kanak memikirkan kumpulan yang berlainan yang mereka berada, seperti keluarga atau kelas Sekolah Primer. Minta mereka memberitahu anda apa yang mereka suka tentang setiap kumpulan mereka. Minta kanak-kanak untuk membantu anda menulis setiap perkataan nama Gereja pada sekeping kertas yang berasingan. Kemudian campurkan kertas itu, dan jemput kanak-kanak untuk mengatur perkataan-perkataan ini dengan teratur. Apakah berkat yang kita terima kerana kita adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir?

3 Nefi 27:13–22

Gereja Yesus Kristus dibina atas injil-Nya.

Juruselamat meringkaskan injil-Nya dalam 3 Nefi 27. Bagaimanakah kata-kata-Nya dapat membantu kanak-kanak memahami apakah itu injil?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa perkataan injil bermaksud “berita baik” (lihat Panduan Tulisan Suci, “Injil”). Bantu kanak-kanak mencari 3 Nefi 27:13–15 untuk sesuatu yang menyerupai berita baik kepada mereka. Mengapakah kita bersyukur untuk mengetahui injil Yesus Kristus?

  • Tulis pada papan tulis asas-asas injil seperti iman, pertaubatan, pembaptisan, Roh Kudus dan bertahan sampai akhir. Jemput kanak-kanak untuk mencari 3 Nefi 27:19–21, untuk perkataan-perkataan ini atau perkataan-perkataan serupa dalam gambaran Yesus tentang injil-Nya.

  • Minta kanak-kanak membayangkan mereka mempunyai kawan yang bertanya kepada mereka apa yang mereka percaya sebagai ahli Gereja. Bantu mereka mencari kebenaran dalam 3 Nefi 27:13–21 yang mereka boleh berkongsi untuk meringkaskan apa yang kita percaya.

  • Jemput kanak-kanak memilih salah satu kebenaran injil yang diajar oleh Juruselamat dalam 3 Nefi 27:13–21 yang mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Bantu mereka menggunakan nota kaki, atau Panduan Tulisan Suci untuk mencari satu atau dua tulisan suci yang berkaitan dengan kebenaran itu. Jemput mereka untuk berkongsi tulisan suci mereka dengan satu sama lain dan apa yang mereka pelajari. Mengapakah kita bersyukur untuk mengetahui injil Yesus Kristus?

4 Nefi

Menjalani injil membawa saya kebahagiaan.

Kerana mereka bertukar hati kepada Yesus Kristus dan injil-Nya, orang-orang yang digambarkan dalam 4 Nefi mampu mewujudkan masyarakat damai dan bersatu. Apakah yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak dari mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sediakan jalur kertas dengan frasa dari 4 Nefi 1:2–3, 5, dan 15–17 yang menggambarkan berkat yang diterima orang (seperti “tidak ada pertikaian di negeri”). Letakkan kertas dalam bekas, dan biarkan setiap kanak-kanak memilih satu dan membacanya. Galakkan kanak-kanak untuk mencari frasa mereka dalam ayat-ayat ini dari 4 Nephi. Apakah yang kita pelajari dari frasa ini? Apakah persamaan yang kita lihat antara ayat-ayat ini dan definisi Sion di dalam Musa 7:18?

  • Untuk membantu kanak-kanak melakukan apa yang diajar dalam 4 Nefi 1:15–16, berikan mereka satu situasi di mana orang sedang marah dengan satu sama lain. Jemput mereka untuk berlakon peranan keadaan jika mereka cuba hidup dengan “tidak ada pertikaian.” Mengapakah ia lebih mudah untuk mengelakkan pertikaian apabila kita mempunyai “kasih Tuhan” di dalam hati kita?

  • Baca bersama kanak-kanak ayat-ayat berikut, dan minta mereka untuk mencari sebab mengapa bangsa Nefi dan bangsa Laman tidak lagi mempunyai kedamaian dan kebahagiaan: 4 Nefi 1:20, 24–29, 34–35, dan 43. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan bahaya ini? Bantu kanak-kanak mencari cara kita boleh mengelak dari menjadi angkuh dengan mengkaji semula Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Ezra Taft Benson (2014), 238–39.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk memutuskan satu perkara yang mereka akan lakukan untuk membawa lebih banyak kedamaian dan kebahagiaan ke rumah mereka dan berkongsi dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sokong ibu bapa kanak-kanak. “Ibu bapa ialah pengajar injil yang paling penting bagi anak-anak mereka—mereka memiliki tanggungjawab terutama dan kuasa terbesar untuk mempengaruhi anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:6–7). Semasa anda mengajar kanak-kanak di Gereja, berdoa dan mencarikan cara untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan utama mereka” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25).

Cetak