Ikutlah Aku
26 Oktober–1 November. Mormon 1–6: “Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu segenap … Untuk Bertaubat”


“26 Oktober–1 November. Mormon 1–6: Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu segenap … Untuk Bertaubat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“26 Oktober–1 November. Mormon 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Mormon menulis di atas kepingan-kepingan emas

Mormon Abridging the Plates, oleh Tom Lovell

26 Oktober–1 November

Mormon 1–6

“Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu segenap … Untuk Bertaubat”

Peristiwa yang digambarkan dalam Mormon 1–6 mungkin sukar bagi kanak-kanak untuk difahami sepenuhnya, tetapi mereka masih boleh belajar pelajaran dari laporan Mormon untuk hidup dengan soleh di dunia yang jahat. Bagaimanakah anda boleh menggunakan pengalamannya untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk tetap setia kepada injil?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apakah yang kanak-kanak tahu mengenai Mormon? Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tahu atau belajar dengan keluarga mereka. Menunjukkan gambar Mormon seperti dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mormon 1:1–3

Saya boleh menjadi soleh seperti Mormon.

Walaupun kanak-kanak yang anda ajar adalah muda, mereka dapat mengembangkan sifat rohani dan hidup dengan soleh.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Mormon 1:1–3 kepada kanak-kanak, atau guna “Bab 49: Mormon dan Ajaran-ajaran-Nya” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 138–42, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput mereka untuk mendengar berapa umur Mormon ketika Amaron memberinya misi khas. Kemudian minta mereka menunjukkan jumlah jari itu. Untuk membantu kanak-kanak membayangkan bertapa mudanya Mormon, tunjukkan kepada mereka gambar seseorang yang berumur 10 tahun. Bantu mereka memahami sifat-sifat yang Amaron lihat dalam diri Mormon semasa dia masih muda, dan bersaksi bahawa kanak-kanak itu boleh menjadi seperti Mormon apabila mereka mengikuti Yesus Kristus.

  • Main permainan di mana kanak-kanak mengulangi tindakan asas yang anda lakukan. Kemudian tunjukkan gambar-gambar perkara yang dilakukan Yesus, dan bercerita tentang bagaimana kita boleh mengikuti Dia (lihat Buku Seni Injil, no. 33–35, 41–42). Bincangkan cara Mormon mengikuti Yesus Kristus—contohnya, dengan mengajarkan injil, menggalakkan orang lain untuk mematuhi Tuhan, dan mengasihi orang lain.

Mormon 3:3, 9

Bapa Syurgawi memberi saya banyak berkat.

Ajaran-ajaran Mormon dapat membantu kanak-kanak mengenali berkat yang diberikan oleh Bapa Syurgawi kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Mormon 3:3 dan 9 kepada kanak-kanak, dan jelaskan bahawa bangsa Nefi tidak menyedari bahawa Bapa Syurgawi telah memberkati mereka. Bantu kanak-kanak memikirkan berkat yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada mereka. Tunjukkan gambar atau objek untuk memberi mereka idea. Apakah yang kita boleh lakukan hari ini untuk menunjukkan yang kita bersyukur kepada Bapa Syurgawi untuk berkat-berkat kita?

  • Bantu kanak-kanak memikirkan berkat yang diberikan oleh Bapa Syurgawi kepada mereka, dan minta mereka melukis gambar beberapa berkat ini. Jemput mereka untuk menggantung gambar mereka di rumah di tempat mereka dapat melihatnya dan mengingati bahawa Bapa Syurgawi memberkati mereka dalam banyak cara. Anda juga boleh menjemput mereka untuk mengenal pasti berkat-berkat yang datang daripada Bapa Syurgawi ketika mereka menyanyikan rangkap pertama “T’rima Kasih Bapa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 9).

Mormon 3:12

Bapa Syurgawi mahu saya mengasihi semua orang.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar mempunyai keinginan untuk merasai kasih bagi orang-orang di sekeliling mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta setiap kanak-kanak untuk melukis seseorang di papan tulis, dan tunjukkan bagaimana setiap orang yang mereka lukis kelihatan berbeza dari yang lain. Lukis hati yang besar di sekeliling semua lukisan. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi mahu kita mengasihi semua orang. Baca Mormon 3:12, menekankan perkataan “kasih” dan “mengasihi.” Apakah yang dilakukan oleh Mormon untuk menunjukkan kasihnya kepada orang lain?

  • Nyanyikan satu lagu bersama tentang mengasihi orang lain, seperti “Kasihilah Sesama” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39), sambil menunjukkan gambar kanak-kanak dari seluruh dunia. Berikan kesaksian tentang kasih Tuhan untuk semua anak-Nya. Lengkapkan halaman aktiviti minggu ini bersama kanak-kanak.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mormon 1:1–3; 2:1, 23–24; 3:1–3, 12, 17–22

Saya boleh menjadi soleh seperti Mormon.

Mormon sangat muda ketika Amaron menyedari bahawa dia akan bertanggungjawab untuk menjaga catatan kudus. Apakah sifat yang soleh yang anda lihat dalam kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk membaca salah satu petikan berikut, dan bantu mereka berkongsi apa yang mereka pelajari mengenai Mormon: Mormon 1:1–3; 2:1, 23–24; dan 3:1–3, 12, 20–22. Kemudian kongsi sifat soleh yang anda lihat dalam setiap kanak-kanak.

  • Tunjukkan gambar Mormon (lihat gambar dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Bantu kanak-kanak melihat bahawa kerana Mormon seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menyimpan dan memelihara catatan Nefi, kita mempunyai Kitab Mormon hari ini. Bercakap dengan kanak-kanak mengenai apa yang dimaksudkan untuk menjadi bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jemput mereka untuk merenungkan cara mereka boleh menjadi lebih bertanggungjawab.

    Imej
    Mormon sebagai seorang anak muda

    Mormon, Age 10, oleh Scott M. Snow

Mormon 2:8–15; 5:10–11

Kesedihan ilahi membawa kepada perubahan sebenar.

Mormon melihat bahawa bangsa Nefi yang jahat itu sedih, tetapi kesedihan mereka bukan jenis yang akan mengilhami mereka untuk bertaubat (lihat Mormon 2:13). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami perbezaan antara kesedihan duniawi dan kesedihan yang membawa kepada pertaubatan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis tajuk berikut di papan tulis: Kesedihan yang membawa kepada pertaubatan dan Kesedihan yang tidak membawa kepada pertaubatan. Jemput kanak-kanak untuk bergilir-gilir membaca ayat-ayat dari Mormon 2:8, 10–15. Bantu mereka menulis perkara yang mereka pelajari tentang kesedihan di bawah tajuk yang sesuai di papan tulis. Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kesedihan yang kita rasakan untuk dosa kita menyebabkan kita berubah?

  • Jemput seorang ahli lembaga uskup atau ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk berkongsi dengan kelas bagaimana kesedihan ilahi dapat membantu kita berubah menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Mengapakah ia penting untuk mengenal pasti sama ada kita merasakan kesedihan ilahi atau kesedihan duniawi? Jemput kanak-kanak untuk mencari Mormon 2:12 untuk mencari sebab-sebab mengapa pertaubatan harus membuat “hati [kita] … bergembira” (Mormon 2:12).

Mormon 3:12

Saya dapat merasakan kasih Bapa Syurgawi kepada orang lain.

Selalunya ia mudah untuk mengasihi mereka yang mengasihi kita dan seperti kita, tetapi Mormon menunjukkan bahawa dengan bantuan Bapa Syurgawi, kita dapat mengasihi orang-orang yang percaya dan bertindak dengan cara yang berbeza daripada kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu seorang kanak-kanak membaca Mormon 3:12, dan jemput kanak-kanak untuk menulis satu ayat yang meringkaskan apa yang mereka pelajari daripada Mormon tentang mengasihi orang lain. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tulis. Bagaimanakah kita dapat merasakan kasih yang Tuhan miliki untuk orang lain? (lihat Moroni 7:48). Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kasih kita kepada orang-orang di kelas kita dan keluarga kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk melengkapkan halaman aktiviti minggu ini. Bantu mereka memikirkan cara yang bermakna untuk mengasihi mereka yang mungkin berbeza dengan kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk memaparkan halaman aktiviti minggu ini di rumah di mana mereka akan diingatkan untuk menunjukkan kasih kepada orang lain. Berikan mereka peluang di kelas masa depan untuk berkongsi apa yang mereka lakukan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti-aktiviti untuk disesuaikan dengan umur kanak-kanak yang anda ajar. Kanak-kanak yang lebih kecil memerlukan penjelasan yang terperinci dan belajar dari cara pengajaran yang lebih ringkas. Apabila kanak-kanak menjadi lebih matang, mereka dapat menyumbang lebih dan mungkin dapat berkongsi pendapat dengan lebih baik. Berikan semua kanak-kanak peluang untuk berkongsi, bersaksi, dan melibatkan diri berdasarkan kesesuaian umur dan pastikan bantuan diberikan jika diperlukan. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25–26.)

Cetak