Ikutlah Aku
9–15 November. Eter 1–5: “Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu”


“9–15 November. Eter 1–5: ‘Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“9–15 November. Eter 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
bangsa Yared mengembara melalui padang belantara

The Jaredites Leaving Babel, oleh Albin Veselka

9–15 November

Eter 1–5

“Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu”

Semasa anda mengkaji semula apa yang anda pelajari semasa kajian anda pada Ether 1–5, apakah kebenaran yang anda rasa didorong untuk membantu kanak-kanak pelajari? Mungkin terdapat idea-idea dalam garis panduan ini yang boleh membantu.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar saudara lelaki Yared (lihat garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenai dia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Eter 1:33–43; 2:16–25; 3:1–6

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Cerita saudara lelaki Yared menggambarkan beberapa cara di mana Tuhan dapat membantu kita ketika kita berdoa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput beberapa ahli bahagian yang tahu bahasa lain untuk bercakap beberapa ayat dalam bahasa itu untuk kelas anda (atau mainkan rakaman bahasa lain). Biarkan kanak-kanak berpura-pura bercakap dalam bahasa lain, dan tunjukkan betapa susahnya untuk memahami satu sama lain apabila kita tidak bercakap dalam bahasa yang sama. Gunakan ini untuk memperkenalkan cerita Menara Babel di Kejadian 11:1–9 dan Eter 1:33. Baca Eter 3:13 dan 15, dan jelaskan bagaimana saudara lelaki Yared berdoa agar dia dengan kawan-kawan dan keluarganya dapat memahami satu sama lain (lihat Eter 1:34–37). Baca dan bantu kanak-kanak memahami jawapan Tuhan kepada doanya dalam Eter 1:35. Anda juga boleh menggunakan “Bab 50: Bangsa Yared Meninggalkan Babel” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 143–44, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org).

  • Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura membina kapal tongkang, seperti yang digambarkan dalam Eter 2:16–17. Jelaskan masalah yang dihadapi bangsa Yared dengan kapal tongkang mereka (lihat Eter 2:19), dan tanya kanak-kanak apa yang mereka akan lakukan mengenai masalah ini. Baca Eter 2:18–19 untuk mengajar kanak-kanak bagaimana saudara lelaki Yared membawa masalahnya kepada Tuhan dalam doa. Bersaksi bahawa kita boleh selalu berdoa apabila kita mempunyai soalan atau masalah.

  • Ringkaskan Eter 2:19–3:6 untuk menjelaskan bagaimana Tuhan menjawab soalan saudara lelaki Yared mengenai kapal tongkang. Letakkan 16 batu di sekeliling bilik, dan jemput kanak-kanak untuk mengiranya sambil mereka mencarinya. Tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan biarkan kanak-kanak menceritakan semula cerita itu (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).

Eter 3:13, 15

Saya diciptakan menurut rupa Tuhan.

Ketika saudara lelaki Yared melihat Tuhan, dia mendapati bahawa “semua manusia diciptakan pada permulaannya menurut rupa [Dia]” (Eter 3:15).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Juruselamat, dan jemput kanak-kanak untuk menunjukkan pelbagai bahagian tubuh-Nya. Jelaskan bahawa apabila saudara lelaki Yared melihat Yesus Kristus, dia mendapati bahawa kita semua kelihatan seperti Yesus. Apabila anda menunjuk kepada satu bahagian tubuh dalam gambar, jemput mereka untuk menunjukkan bahagian yang sama daripada badan mereka sendiri. Bersaksi bahawa kita diciptakan untuk kelihatan seperti Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus.

  • Nyanyi bersama satu lagu berkaitan dengan badan kita, seperti “Kepala, Bahu, Lutut, dan Kakiku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 129). Bantu kanak-kanak bercakap tentang mengapa mereka bersyukur untuk bahagian-bahagian badan mereka yang berlainan.

Imej
kanak-kanak berlari di padang

Kita dicipta menurut rupa Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Eter 1:33–43; 2; 3:1–17

Saya boleh menerima wahyu untuk membantu saya.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar tentang wahyu daripada contoh saudara lelaki Yared? Apakah pengalaman yang anda dapat kongsi tentang ketika Tuhan membantu anda mencari penyelesaian kepada masalah atau soalan anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sebelum kelas, tulis frasa “Berdiri, berpusing dan duduk” dalam bahasa yang berbeza pada beberapa keping kertas (anda boleh menggunakan penterjemah online atau bantuan orang yang mengetahui bahasa lain). Beri satu keping kepada setiap kanak-kanak, dan jemput mereka untuk mengikuti arahan itu. Gunakan ini untuk membantu menjelaskan apa yang mendorong doa saudara lelaki Yared dalam Eter 1:33–37. Baca ayat-ayat ini bersama, dan minta kanak-kanak memberi perhatian kepada perasaan Tuhan kepada Yared dan kawan-kawannya dan keluarganya. Apakah yang kita pelajari mengenai doa dari laporan ini?

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca salah satu petikan berikut, dan membantu mereka mencari satu soalan atau masalah yang dihadapi oleh saudara lelaki Yared: Eter 1:33–35; Eter 1:36–37; dan Eter 2:18–20. Apakah yang dilakukan oleh saudara lelaki Yared mengenai masalah atau soalan ini? Bagaimanakah Tuhan membantunya dalam setiap situasi ini? Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang masalah mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah mereka boleh mengikuti contoh saudara lelaki Yared untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka? Kongsi pengalaman di mana anda berdoa untuk bantuan dan Tuhan membantu anda.

Eter 3:4–17

Saya diciptakan menurut rupa Tuhan.

Kanak-kanak yang anda ajarkan akan bertemu dengan banyak pesanan palsu tentang Tuhan, diri mereka, dan badan fizikal mereka. Ayat-ayat ini adalah satu peluang untuk mengajar kebenaran abadi tentang tajuk-tajuk ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama kanak-kanak Eter 3:6–16, dan membantu mereka membuat senarai perkara yang saudara lelaki Yared belajar tentang Tuhan dari pengalaman ini. Mengapakah ia penting untuk mengetahui perkara ini? Contohnya, bagaimanakah ia mempengaruhi cara kita melihat badan kita untuk mengetahui bahawa kita dicipta menurut rupa Tuhan?

  • Tulis badan fizikal dan badan rohani pada papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ciri-ciri badan fizikal (kita mempunyai kulit, darah, dan sebagainya), dan tulis jawapan mereka di papan tulis. Baca Eter 3:4–17 bersama-sama, dan jemput kanak-kanak untuk mencari apa yang mereka pelajari tentang badan rohani kita. Bersaksi bahawa badan dan roh kita “diciptakan menurut rupa [Yesus]” (Eter 3:15).

Eter 5:2–4

Tiga orang saksi akan bersaksi tentang Kitab Mormon.

Moroni menubuatkan bahawa Tiga Saksi akan membantu mengesahkan kebenaran Kitab Mormon. Anda boleh menggunakan nubuat ini untuk memperkuatkan kesaksian kanak-kanak dan mengilhami mereka untuk menjadi saksi Kitab Mormon dengan cara mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan tulis beberapa perkataan penting dari Eter 5:2–4, seperti kepingan-kepingan, kuasa, benar, saksi, dan kesaksian. Baca ayat-ayat ini bersama kanak-kanak, dan jemput mereka berhenti apabila anda sampai ke salah satu perkataan di papan tulis dan bercakap tentang mengapa perkataan-perkataan ini penting. Untuk mengajar anak-anak mengenai Tiga Saksi, anda mungkin merujuk “Kesaksian Tiga Saksi” dalam Kitab Mormon. Mengapakah Tuhan mahu tiga orang melihat kepingan-kepingan emas?

  • Beritahu kanak-kanak bagaimana anda tahu Kitab Mormon adalah benar. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapa mereka tahu ia benar. Bantu mereka memikirkan cara mereka boleh menjadi saksi Kitab Mormon, dan menggalakkan mereka untuk berkongsi kesaksian mereka dengan seseorang minggu ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu yang mereka boleh minta bantuan Bapa Syurgawi, seperti yang dilakukan oleh saudara lelaki Yared. Galakkan mereka untuk mencari bantuan-Nya melalui doa.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengajar semasa aktiviti. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti seperti lukisan atau melakukan aktiviti di halaman aktiviti, anda boleh menggunakan masa untuk menekankan kebenaran yang diajar melalui aktiviti tersebut.

Cetak